/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Pengenalan Bicara Seni
print mail

Bicara Seni “Kehadiran” Koleksi Hoessein Enas

Tarikh        : 16 Febuari 2008
Masa         : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat      : Galeri Reka, Aras 1, Balai Seni Lukis Negara.
Panel         : Dr. Zakaria Ali–Pensyarah Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.
Pengerusi   : Pn. Faridah Hanim Abd. Wahab
Jemputan   : Pensyarah Dan Pelajar-pelajar Fakuliti Seni dan Muzik, UPSI.
                  Aris Aziz (Anak Murid Hoessein Enas)
                  Amir Abbas (Anak Murid Hoessein Enas)

Perkara–perkara yang dibincangkan oleh Dr. Zakaria Ali adalah seperti berikut:

Pertama : Latar Belakang Hoessein Enas.

Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan juga dikenali sebagai Bapa Potret Malysia, dilahirkan pada tahun 1924 di Kepulauan Jawa, Indonesia. Pada tahun 1947, beliau telah memasuki Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni, beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan beliau salah satunya ialah penarik beca.

Beliau juga menjadi pelukis jalanan. Sewaktu itu, Malaya adalah di bawah jajahan British (Inggeris). Ketika beliau sedang asyik melukis dijalanan, beliau telah dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council ketika itu, Frank Sullivan yang kemudiannya menjemput beliau mengadakan pameran di Pusat British Council, Kuala Lumpur. Sambutan untuk pameran pertama beliau pada ketika itu amat memberangsangkan kerana semua hasil seni beliau telah terjual (ketika itu beliau masih lagi seorang artis baru yang masih cuba menempa nama).

Penilaian pada zaman itu, untuk artis baru seperti beliau amatlah positif untuk beliau lebih bersungguh mencipta nama sebagai seorang artis yang berjaya. Selepas berjaya pada pameran pertama, atas pengaruh daripada Frank Sullivan, beliau telah diserapkan untuk menjadi pegawai kerajaan dan ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya.

Beliau bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal masyarakat orang asli sekitar Titiwangsa, termasuk juga orang asli Temiar di Pahang dan Perak. Oleh kerana beliau bekerja dengan Jabatan Orang Asli, banyak karya-karya beliau menggambarkan orang-orang pribumi Sabah dan Sarawak. Beliau juga telah membuat satu filem dokumentasi berkaitan dengan Orang Asli Temiar yang merupakan bukti beliau penyumbang ke arah pendokumentasian masyarakat orang asli.

Halaman: 1  2  3  4  

Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 April 2011

Pautan Berkaitan