|
|
| |
|
| |
|
Fungsi Bahagian Dan Cawangan-Cawangan Latarbelakang Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Khidmat Pengurusan telah diwujudkan pada tahun 2006 melalui Waran Perjawatan Bil. JPA(S)BPO253/2/78-5klt.3(29) bertarikh 2 Oktober 2006 dengan lima (5) cawangan dan empat puluh enam (46) jawatan. Melalui penstrukturan semula ini, Unit Pentadbiran telah diperluaskan kepada status Bahagian Khidmat Pengurusan supaya dapat memberi perkhidmatan sokongan yang menyeluruh dan sempurna kepada Bahagian-Bahagian lain. Cawangan-cawangan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan yang sedia ada adalah seperti berikut; 1.1.1 Cawangan Pentadbiran 1.1.2 Cawangan Kewangan 1.1.3 Cawangan Sumber Manusia 1.1.4 Cawangan Pembangunan 1.1.5 Cawangan Teknologi Maklumat Objektif Bahagian Khidmat Pengurusan Bertanggungjawab merangka, merancang, mengemaskini dan melaksanakan dasar / peraturan yang melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan urusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, keselamatan, sistem maklumat, pusat sumber dan kerja-kerja teknikal agensi Perjawatan Bahagian Khidmat Pengurusan Kumpulan | Perjawatan | Pengurusan & Professional | 3 | Kumpulan sokongan 1 | 35 | Kumpulan Sokongan 11 | 12 | Jumlah | 50 |
|
|
|
|
|