/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Perhubungan Korporat
print mail

Bahagian Perhubungan Korporat berfungsi sebagai kuasa perhubungan Balai Seni Visual Negara dengan pihak media, swasta dan orang ramai. Bahagian ini juga memainkan peranan dalam mengumpul sumbangan dan derma pihak swasta serta  orang ramai ke dalam dana amanah untuk tujuan pembangunan dan aktiviti seni visual. Selain itu, Bahagian Perhubungan Korporat BSVN juga membantu mempromosi hasil karya penggiat seni visual tempatan untuk pemasaran ke pelanggan-pelanggan berprospek.

Bahagian Perhubunga  korporat mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2007 selepas Penstrukturan Semula Organisasi pada tahun sebelumnya. Bahagian ini mempunyai 18 orang kakitangan kesemuanya yang dicernakan menerusi pembahagian cawangan seperti Cawangan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, Cawangan Promosi dan Pemasaran serta Cawangan Penjanaan Sumbangan dan Tajaan.

Bahagian Perhubungan Korporat berfungsi dalam membangunkan jaringan intergrasi di dalam perhubungan awam, mengendalikan promosi dan pemasaran di dalam dan luar Negara serta mewujudkan sumber kewangan dengan mengadakan tabung atau grant untuk penajaan bagi penggalakkan dan pembangunan seni tampak Negara. Tabung atau grant ini masih belum diusahakan sepenuhnya, walau bagaimanapun sumbangan penajaan bagi mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan seni tampak telah pun diusahakan dengan sector swasta dan korporat seperti mengadakan pertandingan senilukis dan pameran.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memperkenalkan Balai Seni Visual Negara (BSVN) kepada pihak awam dengan mempertingkatkan kerjasama dan kefahaman dengan pihak media elektronik, media cetak, persatuan-persatuan pelukis, galeri dan muzium seni, institut seni awam dan swasta, sekolah menengah dan rendah, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan, golongan bakat muda, kanak-kanak kurang upaya berpendidikan dan orang perseorangan yang profesional dan amatur mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh BSVN seperti aktiviti pameran, pendidikan, pemuliharaan, penerbitan dan sebagainya.

Bahagian Perhubungan Korporat melaksanakan fungsi-fungsimenerusi pembahagian cawangan seperti berikut:

1. Perhubungan Awam & Khidmat Pelanggan mengendalikan aktiviti

a. Khidmat Pelanggan

i) Perkhidmatan Kaunter
Telah diwujudkan Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas secara giliran mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi melayani keperluan pelanggan yang berkunjung ke BSVN.
ii) Aduan Awam
Untuk tahu 2007 hanya dua sahaja aduan awam telah diterima dan aduan ini telah ditangani dengan sewajarnya.
iii) Perkhidmatan telefon
Mutu perkhidmatan telefon telah dipertingkatkan dengan kemudahan sistem telefon yang lebih baik, suasana persekitaran yang lebih mesra dengan pegawai yang berinformasi demi menjaga imej organisasi.

 

b. Perhubungan Awam
Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan media cetak ataupun elektronik seperti membuat siaran akhbar, siding media, slot di TV dan radio berkaitan degan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Sebanyak 39 keratan akhbar dan tiga sidang media dan juga dua siaraya elektronik di TV untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM) dan Malaysia Hari Ini (TV3) telah diadakan dengan kerjasama Bahagian Perhubungan KEKKWA.

Selain itu juga, tugasan lain yang diselaraskan oleh cawangan ini adalah majlis-majlis rasmi jabatan, jemputan, perasmian pameran dan lawatan tetamu kehormat ke BSVN. Selain daripada cawangan ini juga telah mengendalikan lawatan berpandu kepada 62 buah sekolah menengah dan rendah daripada seluruh negeri di Malaysia serta bertanggungjawab menyediakan laporan bilangan pelawat ke BSVN.

Pautan Berkaitan