Rakan Galeri Balai Seni Lukis Negara
‘Sertailah Rakan Galeri Sokonglah Balai Seni Lukis Negara’
Pengenalan
Rakan Galeri Balai Seni Lukis Negara diwujudkan sebagai satu aktiviti sokongan bertujuan mempromosi kemajuan dan perkembangan program seni dan koleksi Balai Seni Lukis Negara. Rakan Galeri adalah sebagai pemangkin agar program ini berterusan untuk mempersembahkan pameran dan aktiviti berkualiti disamping menyumbang inisiatif kepada perkembangan yang lebih inovatif.
Sebagai ahli Rakan Galeri, anda berpeluang menikmati koleksi seni terunggul Malaysia, keunikan dan daya kreatif budaya, cara pendidikan dan aktiviti sosial bersama masyarakat. Keahlian ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan peringkat antarabangsa yang berumur 18 tahun ke atas.
Objektif
• Untuk mempromosi program Balai Seni Lukis Negara ke peringkat antarabangsa.
• Untuk mendidik masyarakat terhadap keunggulan Koleksi Tetap BSLN dan pemuliharaan khazanah seni dan warisan budaya
• Untuk mempromosi dan menarik minat sukarelawan terhadap khidmat Rakan Galeri
• Untuk pertukaran idea antara Rakan Seni Malaysia dan peringkat antarabangsa
• Untuk mengenalpasti kutipan dana program pendidikan
• Untuk bekerjasama dengan semua galeri, badan dan institusi seni dan budaya
• mengenai perkembangan seni di Malaysia dan rantau
Faedah Keahlian
• Menerima suku bulanan Buletin termasuk pendidikan dan program pameran dan
• Aktiviti
• Lawatan berpandu khas
• Kemasukan percuma ke program pendidikan dan program budaya di BSLN
• Diskaun 10% bagi salinan fotokopi maklumat di perpustakaan BSLN
• Diskaun bagi barangan terpilih dari kedai buku