/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Cawangan Sumber Manusia
print mail

Pada tahun 2007, organisasi Balai Seni Visual Negara (BSVN) berkembang di mana ianya mula berfungsi dengan 5 bahagian berdasarkan kepada struktur organisasi baru BSVN yang telah diluluskan olej JPA pada 1 Julai 2006. Selaras dengan itu, fokus Pengurusan Sumber Manusia BSVN ialah kepada pengisian jawatan-jawatan kosong baru yang telah diwujudkan.

Pengisian jawatan kosong ini dilaksanakan dalam 3 fasa. Bagi pengisian Fasa Pertama, temuduga bagi 20 jawatan dari pelbagai skim perkhidmatan telah diadakan pada 12 – 15 Februari 2007 dan 20-33 Mac 2007 dan pegawai-pegawai baru telah melapor diri pada 16 Mei 2007. Bagi pengisian Fasa Kedua,  urusan temuduga bagi tujuh jawatan kosong telah diadakan pada 23-30 April 2007 dan pegawai-pegawai baru telah melapor diri pada 2 Julai 2007. Fasa Ketiga, urusan temuduga bagi 36 jawatan kosong telah diadakan pada Ogos 2007 hingga Disember 2007 dan pengisian jawatan telah dibuat secara berperingkat. Kurator Gred S41telah melapor diri pada 16 November 2007, Penolong Kurator Gred S27 telah melapor diri pada 3 Disember 2007 dan Pembantu Muzium Gred S17 telah melapor diri pada 17 Mac 2008.

Halaman: 1  2  3  

Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 September 2011

Pautan Berkaitan