|
|
| |
|
| |
|
Ketua Pengarah BSLN  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung laman ini. Alhamdullillah kita bersyukur ke hadrat Allah kerana Balai Seni Lukis Negara (BSLN) berjaya menghasilkan sebuah laman web yang memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelayarnya. Laman web BSLN ini memuatkan maklumat-maklumat mengenai Balai Seni Lukis Negara dan juga seni tampak negara. Ianya direka supaya lebih mesra pengguna. Ia boleh dilayar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English. Para pelayar boleh memperolehi maklumat-maklumat mengenai seni tampak tanah air dan boleh berinteraksi secara dua hala. Para pengunjung boleh juga memberi maklumat, membuat tempahan atau permohonan secara online, mendaftar sebagai rakan galeri, memberi komen dan teguran dan lain lain lagi. Ini sejajar dengan matlamat kerajaan yang mementingkan perkhidmatan terbaik kapada rakyat dan pelawat ke Malaysia. BSLN akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu paparan di laman ini. Para pelayar sentiasa dialu-alukan dan sokongan pada seni tampak negara amat dihargai. Terima Kasih. Ambassador Dato' Mohd Yusof Ahmad Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara E-mel : myusof@artgallery.gov.my
|
|
|
|
|