/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
AIAE
print mail

PAMERAN SENI ANTARABANGSA ASIA KE-24 (AIAE)


Kuala Lumpur, 20 November 2009 – Balai Seni Lukis Negara akan mengadakan 24th Asian International Art Exhibition (AIAE) bermula 20 November sehingga 31 Januari 2010. Seramai 250 pelukis China, Hong Kong , Indonesia, Jepun, Korean, Macau, Mongolia, Filipina, Singapura, Taiwan, Vietnam dan negara tuan rumah Malaysia akan mengambil bahagian dalam pameran  antarabangsa ini.


Ini merupakan kali ketiga Balai Seni Lukis Negara dipilih sebagai tuan rumah untuk AIAE selepas menganjurkan AIAE ke-5 pada 1990 dan AIAE ke-13 pada 1998. Kolaborasi antara Pertubuhan Artis Malaysia, the National Art Gallery.


AIAE dilihat sebagai sebuah pameran seni antarabangsa yang berperanan besar dalam menyumbangkan kemajuan dan kematangan lukisan  kontemporari Asia serta medium untuk bertukar idea dan garapan seni di kalangan negara ahli.


Pameran ini menggabungkan pelukis-pelukis tersohor dari negara yang mengambil bahagian seperti Zou Zhengyoa and Xun Liang dari China; Kim Bong Tea dari Korea; Norito Udagawa dan Yoko Mitsuyuki dari Jepun; Setiawan Sabana dan Surnaryo dari Indonesia; Huang Guanghui dari Macau; Thongchai Rakpathum dari Thailand; Baruudorj Lursandorj dari Mongolia; Beat Yeko Kuan dan Leo Hee Tong dari Singapura; Koo Chung Kuang dari Taiwan; Nguyen Xuan Tiep and Pham Huy Thong dari Vietnam; Ramon Orlina dari Filipina; Eddie Lui dari Hong Kong dan beberapa nama besar yang mewakili negara tuan rumah.


Sejajar dengan matlamat AIAE, sebuah forum yang bertajuk “ASIA@AIA”: Manifesting Diversity” telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 21 November 2009. Forum tersebut bertujuan untuk menarik perhatian umum terhadap perubahan normal yang berlaku terhadap amalan budaya, struktur social dan cara hidup masyarakat Asia seluruhannya.

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 April 2011

Pautan Berkaitan