Aktiviti Seni
Pertandingan Tanglung
TARIKH : 18 JAN 2009
TEMPAT : STADIUM CHIN WOO, KUALA LUMPUR
MASA : 9.00 PAGI – 1.00 PTG
Pertandingan Tanglung anjuran Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia ini adalah hasil dari kerjasama bersama Balai Seni Visual Negara sempena menyambut Tahun Baru Cina 2009.
Objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan budaya tradisional kepada generasi baru dan menggalakkan kreativiti bakat baru dikalangan pelajar.
Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri, KPKKW, Y.B Tuan Teng Boon Soon.
Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur menyertai pertandingan ini.
Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu mewarna untuk pelajar-pelajar tadika (berumur dari 4 hingga 6 tahun), mewarna batik untuk pelajar-pelajar sekolah rendah (berumur dari 7 hingga 12 tahun) dan melukis dan mewarna tanglung untuk pelajar-pelajar sekolah menengah (berumur dari 13 hingga 17 tahun).
Pemenang bagi setiap kategori ini dijangkakan akan diumumkan pada hari perasmian rumah terbuka Tahun Baru Cina pada 8 Februari 2009.
Sambutan bagi pertandingan tanglung ini amat menggalakkan. Pertandingan ini tamat jam 1.00 ptg selepas tetamu dan para peserta dihidangkan jamuan ringan oleh Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia.
Penaja Utama:
Great Eastern
Disokong oleh:
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Kedutaan Republik Rakyat Cina di Pejabat Kebudayaan Malaysia
Penganjur:
Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia
Chinwoo Athletic Association Selangor and Kuala Lumpur
Dengan Kerjasama:
Balai Seni Visual Negara
Persatuan Pelukis Malaysia
My Batik