Abundant Australia
Acara Kemuncak Ke-11 oleh Venice Architecture Biennale
Kuala Lumpur, 19 April 2010 - Balai Seni Lukis Negara (BSLN) dengan kerjasama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) menganjurkan satu majlis Perasmian Abundant Australia pada 19 April 2010, 2pm yang menampilkan satu siri pameran yang mempersembahkan sebanyak 140 model-model reka bentuk seni bina. Majlis perasmian telah dilancarkan oleh arkitek terkemuka negara, saudara Ar. Hijjas Kasturi.
Dibangunkan oleh Pengarah Kreatifnya, Neil Durbach, Vince Frost, Wendy Lewin, Kerstin Thompson dan Gary Warner, Abundant Australia akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara Malaysia bermula 19 April sehingga 16 Mei 2010. Pameran tersebut telah mula dilancarkan di Pusat Seni dan Kebudayaan Bangkok sebagai sebahagian daripada aktiviti untuk Bangkok Design Festival 2009 dan kemudian beralih ke Singapura untuk Singapore Design Festival. Beberapa arkitek terkemuka Australia yang telah terlibat dalam pameran di Balai Seni Lukis Negara adalah: Ashton Raggat McDougall, Denton Corker Marshall dan Iredale Person Hook.
Abundant Australia pada asalnya dibentangkan ketika sambutan ke-11 Venice Architecture Biennale di Pavilion Australia. Pameran itu mempamerkan satu jarak yang berbeza tentang gaya dan konsep seni bina orang Australia yang membutikan kekayaan dan keupayaan kedua-dua amalan seni bina di Australia dan sejarah formatifnya. Abundant Australia memperlihara keterujaan arkitek-arkitek Australia dalam menggambungkan pengaruh-pengaruh baru, penghasilan lanskap-lanskap dramatik serta keunikan kepelbagaian masyarakat di Australia.
Menampilkan model-model bangunan komersial dan tempatan, pameran ini menyajikan satu seni bina yang mempunyai ciri negara Australia. Pengarah Urusan, Kerstin Thompson menyatakan “… Kami mempunyai bangunan terpecil yang begitu dramatik hasilnya, tetapi seni bina orang Australia mempunyai lebih dari itu.. keluasan skop reka bentuknya juga pencapaiannya yang dijangka mencatatkan sejarah seni bina Australia.”
Pengurus Seni Visual Asialink, Sarah Bond berkata ‘Asialink berminat untuk menyokong pameran reka bentuk ini dan teruja untuk mengadakan pameran di Balai Seni Lukis Negara Malaysia. Sehingga kini, Asialink telah mengadakan lebih 70 buah pameran. Ini merupakan kali pertama Asialink mengadakan pameran antarabangsa dan di harapkan menjadi satu kerjayaan besar kepada khalayak Seni Visual Asia’.