Bengkel Lukisan Potret (Pensil Warna)

Tenaga Pengajar : IMUDA
Tarikh : 16, 23 dan 30 Mei / 6 Jun 2009 ( 4 hari )
Masa : 11.00 pagi – 1.00 tghari
12.00 tghari – 5.00 petang
Tempat : Tingkat 1 , BSLN
Cawangan Perkhidmatan Pendidikan di Balai Seni Lukis Negara berperanan dalam mendidik, membimbing serta memberi pendedahan pelbagai ilmu seni visual ke arah mempertingkatkan kefahaman seni tampak dalam jangka masa panjang secara berterusan.
Sehubungan dengan itu, Cawangan Perkhidmatan Pendidikan, BSLN mengambil inisiatif ini bagi julungkalinya mengadakan bengkel lukisan potret menggunakan teknik hasilan pensil warna. Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan kaedah yang mudah dan cepat dipelajari serta dipraktikkan dalam masa 4hari. Para peserta diberi penekanan aspek–aspek pengolahan dalam penghasilan "life portrait dan karikatur."
Objektif
i)Memberi ruang dan peluang kepada individu yang berminat mempelajari lukisan
potret ( pensil warna ) dan karikatr.
ii)Membicarakan senario pengalaman dan cabaran yang perlu ditempuhi sebagai
seorang artis / pelukis potret bersama Imuda.
iii)Berkongsi rahsia penghasilan karya yang bermutu dan memahami disiplin
pengolahan lukisan potret dengan lebih bijak.
Syarat Penyertaan
1.Setiap peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM200 bagi keseluruhan sesi.
Had penyertaan adalah seramai 15 orang sahaja.
2.Terbuka kepada individu yang berminat.
3.Peserta yang mengikuti bengkel ini sehingga tamat akan diberikan Sijil Penyertaan.
4.Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan tambahan.
Modul Program Bengkel Lukisan Potret
Tarikh | Masa | Tempat | Pengkhususan / Modul |
16 Mei 2009 ( Sabtu ) | 11.00pg– 1.00 tgh 2.00ptg– 5.00ptg ( 5 jam ) | Bilik Mesyuarat ( Ground Floor ) Balai Seni Lukis Negara Tgkt 1.Balai Seni Lukis Negara | Sesi I : Diskusi – ( 11.00pg – 1.00tgh ) Membicarakan berkaitan senario pelukis potret pengalaman , peluang, cabaran dan halangan dalam menempuh kejayaan sebagai Artis Sesi II : ( 2.00ptg – 5.00ptg ) Pengenalan Lukisan Potret ( life portrait ) Teknik penggunaan pensil warna Melukis potret ( kanak – kanak ) Penilaian pencapaian peserta |
23 Mei 2009 ( Sabtu ) | 11.00pg – 1.00 tgh 2.00ptg – 5.00ptg ( 5 jam ) | Tgkt 1.Balai Seni Lukis Negara | Sesi III Lukisan Potret ( life portrait ) Melukis potret ( dewasa / remaja ) Penilaian pencapaian peserta |
30 Mei 2009 ( Sabtu ) | 11.00pg – 1.00 tgh 2.00ptg – 5.00ptg ( 5 jam ) | Tgkt 1.Balai Seni Lukis Negara | Sesi IV Lukisan Potret ( life portrait ) Melukis potret ( orang tua ) Penilaian pencapaian peserta |
6 Jun 2009 ( Sabtu ) | 10.00pg– 1.00 tgh 2.00ptg– 4.00ptg ( 5 jam ) | Tgkt 1.Balai Seni Lukis Negara | Sesi V Pengenalan Karikatur ( Life caricature ) Penilaian pencapaian peserta Majlis penyampaian Sijil Penyertaan |
Peralatan yang perlu dibawa :
1.Pensil warna faber castel
2.Sugar paper
3.Pensil 2b /hb
4.Pemadam
5.Drawing block
Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 April 2011