/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Bahagian Jaringan Dan Pendidikan
print mail

Bahagian Perkhidmatan Jaringan dan Pendidikan bertanggungjawab memupuk kesedaran, minat dan menggalakan perkembangan seni di kalangan masyarakat melalui aktiviti berbentuk bengkel, bicara seni,kem seni, pertandingan melukis dan pameran interaktif secara konsisten bagi meningkatkan kefahaman terhadap seni visual.

Pada tahun 2010, pendekatan yang dilaksanakan adalah mempelawa khalayak umum ke Balai Seni Visual Negara bagi berkongsi ilmu dalam aktiviti bicara seni bersama pelukis disamping aktiviti seni visual yang lain seperti bengkel, pertandingan dan laman seni.

Peranan Bahagian Perkhidmatan Jaringan dan Pendidikan dalam mengadakan pelbagai aktiviti sokongan seni adalah merupakan pelengkap kepada Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah. Memandangkan ianya begitu relevan dan mempunyai hubungkait antara seni dan amalan pendidikan seni secara menyeluruh, ruang skop aktiviti adalah disasarkan kepada para pelajar,guru –guru dan khalayak umum dari segenap lapisan masyarakat.

 

Fungsi

Berusaha mendidik, membimbing serta memberi pendedahan ke arah mempertingkatkan kefahaman mengenai seni tampak di samping mempromosikan galeri sebagai sumber pusat rujukan seni dan pembelajaran jangka panjang secara tidak formal.

Melaksanakan aktiviti sokongan seni seperti bengkel. kelas bimbingan seni, pertandingan seni lukis, pameran dan program bergerak, seminar, ceramah,dialog seni serta outreach program kepada pendidik, pelajar , masyarakat  umum dan peminat seni.

.

Bengkel Seni

Bengkel seni ini diadakan bagi memberi pendedahan dan perkongsian ilmu seni visual yang disasarkan kepada para pelajar, OKU,guru- guru,para professional dan orang awam. Skop pembelajaran setiap bengkel seni ini adalah menerapkan pendekatan yang mudah difahami dan dipraktikan pada bila – bila masa. Aktiviti ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang amat menggalakkan.

Pertandingan

Pertandingan seni lukis yang dianjurkan oleh Balai Seni Visual Negara adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap peserta mempamerkan bakat – bakat seni masing- masing. Setiap pertandingan diberi tema yang bersesuaian mengikut isu dan perkembangan seni semasa.

Seminar / Dialog / Forum / Bicara Seni / Apresiasi Seni

Seminar/Bicara seni di adakan sebagai anjakan sokongan kepada Pameran terkini Balai Seni Visual Negara bagi merungkai persoalan, permasalahan,senario dan perkembangan berkaitan isu – isu yang wujud. Ia adalah salah satu kaedah pendidikan mendekatkan khalayak dengan cabang-cabang seni visual.

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 11 November 2011

Pautan Berkaitan