Contoh karya mural pelukis Rivera dan Orozco yang menjadi warisan Mexico dan telah menarik minat ribuan pengunjung ke Mexico untuk melihat lukisan ini.
-
TUJUAN
Mural secara asasnya adalah merujuk kepada konsep pelaksanaan 'Public Art'. Kebiasaanya hasilan sesuatu projek 'Public Art' adalah aktiviti yang diadakan di ruang awam, melibatkan interaksi orangramai dan penghasilan karya seni yang kadangkalanya dapat direkacipta bersama, boleh dihasilkan secara gotong royong dan dinikmati oleh masyarakat secara terus.
Sejajar dengan hasrat YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menjadikan lukisan catan bersaiz besar yang mudah alih sebagai tarikan sentral masyarakat khususnya golongan muda dan peminat seni bagi menghayati konsep ‘1 Malaysia’
Menyedari akan tarikan catan kontemporari pada masa kini dikalangan golongan muda, pengumpul seni, pasaran seni, pelawat dan peminat seni amnya dan juga kekaguman yang tinggi masyarakat terhadap karya-karya catan bersaiz besar, bersifat muralis dan perhatian yang khusus oleh YB Menteri sendiri telah mendorong BSLN untuk menganjurkan Pertandingan Catan Muralis Kontemporari ‘1 Malaysia’ ini.
-
OBJEKTIF
Objektif penganjuran Pertandingan Catan Muralis Kontemporari ‘1 Malaysia’ ini adalah untuk:
-
Menerapkan penghayatan dan menjadikan nilai-nilai yang diterapkan untuk membangunkan ‘1 Malaysia’ sebagai intisari jatidiri dalam kehidupan seharian.
-
Melahirkan generasi yang budiman dan berhemah dalam mengamalkan pemuafakatan untuk kepentingan bersama.
-
Menjadikan budaya tampak sebagai wadah penting dalam penyebaran dan penghayatan dasar-dasar kerajaan.
-
Menarik minat lebih ramai golongan muda dan pelukis negara untuk supaya lebih dekat dan celik dengan dasar-dasar yang di bawa oleh kerajaan.
-
Membina suasana daya saing positif dikalangan pelukis-pelukis muda dan seterus semangat kecintaan yang tinggi kepada negara melalui rasa ’ownership’ dengan kerjasama projek membina ‘1 Malaysia’.
-
Mencipta sifat peduli ‘1 Malaysia’ melalui publisiti dan pameran bergerak ke seluruh negara.
-
LATARBELAKANG
-
Saranan YAB Perdana Menteri melalaui wawasannya dalam ‘1 Malaysia’. Amalan dan penerapan intergriti yang digariskan beliau di dalam set lapan nilai adalah alat utama untuk memastikan prinsip didukung dan ditepati untuk membina satu asas kepercayaan yang kukuh yang terdiri daripada Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti.
-
Ke arah pemupukan dan penghayatan yang lebih berkesan melalui maklumat visual, program sebegini dapat menyumbang mempertingkatkan lagi kefahaman masyarakat untuk lebih menghargai ‘1 Malaysia’ melalui seni tampak yang tidak mempunyai sempadan ras dan bahasa.
-
HADIAH
Hadiah untuk pemenang adalah seperti berikut:
-
Tempat Pertama, RM 30,000.00 beserta sijil.
-
Tempat Ke 2, RM 20,000.00 beserta sijil.
-
Tempat Ke 3, RM 10,000.00 beserta sijil.
-
SYARAT PERTANDINGAN
5.1
|
|
Terbuka kepada warganegara Malaysia tidak mengira peringkat umur dan latarbelakang.
|
5.2
|
|
Tema adalah berkaitan dengan wawasan ‘1 Malaysia’ yang merangkumi perlakuan, sikap, tuturkata dan jati diri serta berkaitan dengan perkara -perkara yang murni dan positif yang dapat dijadikan teladan baik dan ikutan individu lain dan hendaklah mengandungi semua lapan nilai ‘1 Malaysia’ iaitu :
|
| |
|
-
Budaya Kecemerlangan
-
Ketabahan
-
Rendah Hati
-
Penerimaan
-
Kesetiaan
-
Meritokrasi
-
Integriti
-
Pendidikan
|
5.3
|
|
Setiap lukisan mural yang dipertandingkan adalah karya yang asli dan dibuat pada tahun dipertandingkan iaitu tahun 2009 sahaja.
|
5.4
|
|
Ukuran / saiz karya sebenar hendaklah tidak kurang daripada 8 x 10 kaki dan ukuran maksima 10 x 20 kaki.
|
5.5
|
|
Setiap penyertaan perlu menghantar imej dalam bentuk foto berukuran 297mm x 210mm(A4), atau mock-up berukuran kertas A3 dan imej dalam bentuk digital dalam cakera padat (CD) dengan ciri-ciri Jpeg, Tiff dpi dengan resolusi tinggi 514 pixels x 70 pixels bagi setiap karya.
|
5.6
|
|
Setiap penyertaan perlu melampirkan folio termasuk penyataan ringkas tentang mesej Lukisan Mural yang dibuat bersama dengan data teknikal tentang bahantara. Folio merujuk kepada perkara - perkara yang berkaitan bagi menyokong reka cadang peserta terhadap karya tersebut.
|
5.7
|
|
Tarikh tutup penyertaan adalah 3 Ogos 2009.
|

Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Mac 2011