/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Fly Airbrush
print mail

Fly Airbrush

Visual 1 Malaysia, Bengkel Lukisan Berus Angin Topi Keledar ‘1 Malaysia’ Anjuran BSLN

Latar Belakang
Progam ini susulan pasca pelancaran "Pertandingan Catan Muralis  Kontemporeri" yang di lancarkan oleh YB Menteri pada 15 Julai 2009. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan semangat 1 Malaysia, gerakan semangat menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara yang ke-52 tahun dan mempromosikan pertandingan mural tersebut. Ini juga merupaka satu usaha melaksanakan semangat dan kefahaman ‘1 Malaysia’ melalui seni visual. Istimewanya program ini adalah ia akan melibatkan penghasilan karya 1 Malaysia mengikut kretiviti masing-masing di atas topi keledar.

Butir-butir bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh

:

1 hingga 9 Ogos 2009

Lokasi

:

Kolej Shah Putra Kuantan, Pahang

Waktu

:

10 pagi hingga 5 petang

Pengajar

:

Muhamad Noor Md Yussoff Aka Tony (biodata pelukis disertakan)

Sasaran

:

Remaja dan Penunggang Moto

Tujuan
Tujuan bengkel ini adalah untuk mencipta kesedaran dan peduli kempen 1 Malaysia melalui seni visual. Sasaran bengkel ini adalah kepada golongan remaja dan belia bermotosikal. Golongan ini akan dijemput untuk menyertai bengkel ini supaya mereka dapat mempelajari teknik dan kemahiran melukis dengan berus angin di atas topi keledar. Teknik ini juga boleh diaplikasikan diatas permukaan lain seperti motosikal, kereta, komputer riba, CPU dan lain-lain. Di samping melukis logo 1 Malaysia peserta juga akan melukis rekaan mereka yang tersendiri melalui penghayatan 1 Malaysia masing-masing. Sehubungan dengan itu diharap bengkel ini akan memberi kemahiran dan pengisian masa yang lebih berfaedah malah boleh menjana pendapatan kepada mereka, di samping menyemai minat dan semangat 1 Malaysia yang disyorkan oleh kerajaan.
Bengkel ini juga bertujuan untuk mewujudkan kelangsungan kemahiran yang ada pada seorang pelukis senior kepada pelukis junior atau pelukis dari bidang lain.

Perlaksanaan Bengkel
Peserta akan diberikan risalah 1 Malaysia amanat YB Perdana Menteri untuk dihayati. Kemudian peserta akan diperkenalkan kepada selok belok lukisan berus angin dengan rekaan dan lukisan di atas kertas sehingga selesa. Kemudian peserta akan diajar melukis dengan berus angin di atas topi keledar. Peserta digalakkan membawa sendiri topi keledar masing-masing.
Jadual perancangan jayawara bengkel pasca pelancaran dan promosi "Pertandingan Catan Muralis Kontemporari " 1 Malaysia melalui seni visual adalah seperti berikut:

21-25 Julai

Bengkel Berus Angin 1 Malaysia pada topi remaja KL

1-9 Ogos 2009

Bengkel Berus Angin 1 Malaysia ‘Air Berus Jammed’, Kolej Shah Putra Kuantan, Pahang

Ogos

Bengkel Berus Angin 1 Malaysia Melaka (Tempat akan ditentukan)

Oktober

Bengkel Berus Angin 1 Malaysia Kangar (Tempat akan ditentukan)

Oktober

Bengkel Berus Angin 1 Malaysia Miri, Sarawak

November

Bengkel Berus Angin 1 Malaysia Kota Kinabalu, Sabah

Mohd Noor Md Yusoff dilahirkan pada tahun 1967 di Kota Belud, Sabah dan menetap di Miri Sarawak. Beliau merupakan pelukis berus angin yang memulakan karier ini pada tahun 1985. Hingga kini beliau mempunyai dua buah bengkel lukisan berus angin, satu di Miri dan satu lagi di Labuan. Pada mulanya beliau bergerak secara solo sebagai artis bebas. Beliau pernah berkarya dan menyertai jemputan untuk berkarya di Kuala Lumpur, Thailand, Brunei, Sabah, Serawak dan Labuan. Karya beliau tidak hanya terbatas dipermukaan kanvas sahaja malah permukaan seperti kereta, motosikal, jet-ski, dinding/mural hinggalah badan manusia(Body Art) menjadi antara latar kepada karya seni beliau

Pembabitan, Aktiviti & Pameran:

1988-1990

:

1 Berneo Sabah Exhibition Expo, 1991-1997 : 1 Berneo Sarawak

Exhibition Expo, 1998

:

Kuala Lumpur International Motor Show, 1999-2000

Brunei Motor Art Exibition, 2001

:

Phuket, Thailand, 2002-2009 : Labuan Borneo Visual

Art Exhibition, July 1st-14th 2009

:

1 Malaysia Mural project, Langkawi


Beliau pernah melibat dalam berkarya untuk Bing Bikers, Motor Art, Mural Art, Jet Ski, koleksi persenderian, koleksi persendirian, Shangrila Tanjung Aru Resort Kota Kinabalu, Labuan Sheraton Hotel, Muzium Marin Kabuan, Muzium Sejarah Labuan, Sekolah-sekolah, pusat-pusat hiburan dan banyak lagi.

 

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Mac 2011

Pautan Berkaitan