|
|
| |
|
| |
|
Artist Membership BSLN Keahlian pelukis akan menikmati faedah menarik seperti berikut : Dijemput menghadiri pembukaan pameran, menyertai program khas, bengkel, ceramah dan sebarang acara anjuran Balai Seni Lukis Negara. Menikmati *diskaun 10% ke atas hampir kesemua barangan di Kedai Galeri merangkumi bahan-bahan melukis, penerbitan dan cenderamata. Menerima maklumat terkini melalui SMS. Menerima warkah Balai seni Lukis Negara, SENIKINI: Malaysia Art Now, percuma untuk setahun (enam keluaran). Nama dan alamat pelukis akan dimuatkan di dalam rangkaian laman web direktori pelukis Balai seni Lukis Negara. Keahlian pelukis terbuka kepada semua pelukis pelbagai bidang. Keahlian boleh dipohon sepanjang tahun di Balai Seni Lukis Negara. Yuran pendaftaran bagi tempoh setahun ialah RM 20.00, manakala bagi tempoh sepanjang hayat ialah sebanyak RM100.00. bayaran boleh dibuat melalui cek/bankderaf/wang pos atas nama Balai Seni Lukis Negara. Klik sini atau klik Muat turun untuk mendapatkan borang pendaftaran dan hantarkan ke alamat : Balai Seni Lukis Negara, No. 2, Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur. Atau untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: Encik Tan Sei Hon (Kurator, Cawangan Pembangunan Seni) Cik Hartini Yajid (Penolong Kurator) Cik Wan Faizun ( Penolong Kurator) Telefon : 03-4026 7000 Faks : 03-4025 4987
|
|
|
|
|