/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
KL Design Week
print mail

Menyambut Tahun Dua Ribu Sepuluh dengan Minggu Rekabentuk Kuala Lumpur
 1hb – 16hb MEI

Masih segar dari kejayaan sulung Minggu Rekabentuk Kuala Lumpur pada tahun lepas, Temasya KLDW tahunan kini kembali untuk menyambut tahun Dua Ribu Sepuluh! Temasya ini dirancang untuk menonjolkan gaya dan limpahan daya kreativiti dengan wajah segar terbaru. Dari 1hb hingga 16hb Mei, bandaraya KL akan sekali lagi menjadi pusat untuk industri kreatif, baik di peringkat tempatan di Kuala Lumpur mahupun di peringkat antarabangsa.

Minggu Rekabentuk Kuala Lumpur telah dilancarkan dan memulakan pertunjukan temasyanya tahun lepas dari 28hb Mac hingga 5hb April 2009 dan telah berjaya menarik satu rekod melebihi 25 juta tontonan, secara fizikal dan secara maya dari seluruh dunia. Selaku acara pertama seumpamanya yang mengambil tempat di Malaysia, temasya ini telah disambut baik oleh orang tempatan dan juga komuniti pereka antarabangsa. Temasya ini telah mendapat liputan meluas oleh media-media tempatan, serantau dan juga antarabangsa, termasuk dari Amerika Syarikat, Belgium, Singapura, Jepun, Hong Kong, Thailand dan banyak lagi.

KLDW 2009 telah menjadi tempat membina jaringan hubungan yang sempurna untuk  komuniti pereka. Semua persidangan, forum dan kelas lanjutan yang diadakan menyediakan peluang kepada golongan profesional dan juga para penuntut untuk mengenali mereka yang terlibat dalam bidang yang serupa, dan juga mengetahui perkara dalaman yang berlaku di kalangan komuniti pereka. Para peserta dari pelbagai komponen rekabentuk mempunyai peluang untuk memperagakan hasil kreativiti seni mereka, menarik pelawat-pelawat dan bakal kakitangan dan/atau pelabur-pelabur.

Temasya KLDW 2009 telah berjaya menjalinkan  hubungan rapat sebagai rakan kongsi dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Ahmad Fuad Bin Ismail. Pada tahun ini, Datuk Bandar telah bersetuju untuk menjadi penaung rasmi KLDW 2010. Menurut Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail, “Kita sekarang sedang giat berusaha untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai salah satu hab kreatif dunia, supaya seiring dengan kota-kota mega lain seperti London, Milan, Los Angeles, Tokyo dan juga setanding dengan jiran terdekat Bangkok dan Singapura. Sewaktu kita melangkah ke era ekonomi kreatif yang menjadi tumpuan ramai, kita bukan sahaja mampu menonjolkan diri untuk muncul sebagai hab kreatif baru di rantau ini, malah lebih penting  lagi, menolong memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bandaraya ini”.

Tahun ini merupakan kali kedua kota tercinta Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam budaya dunia untuk menjadi hos temasya rekabentuk dan  menceburkan diri dalam bidang ekonomi baru, dari segi kreativiti. Presiden KLDW En Izuldin Hani  berkata, “Kita sedang mensasarkan peningkatan ketara dalam Ekonomi Kreatif Malaysia. Jika dunia masa kini sedang menjurus ke arah ekonomi kreatif, apakah langkah terbaik selain daripada memulakannya dari peringkat akar umbi?” Beliau menambah, “Jika Kreativiti adalah Raja ekonomi BARU, maka KLDW adalah istana di mana Pereka-pereka adalah para Pembesarnya! Sudah sampai masanya pereka-pereka mendapat pengiktirafan!”

Padat dengan pameran, forum, ceramah dan pemasangan rekaan, KLDW 2010 akan mengambil tempat di 7 lokasi sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Dari 1hb hingga 16hb Mei, 2010, KL akan menyaksikan satu temasya berwarna-warni selama 16 hari dengan rekabentuk bercampur hasil dari disiplin Rekabentuk Arkitektur dan Rekabentuk Dalaman, Multimedia & Animasi, Seni & Grafik,  Kraf Kreatif, Muzik & Latar Bunyi, dan Rekabentuk Karakter & Produk.

Untuk 2010, KLDW bakal menuju ke arah baru. Kita telah menggantikan logo lama dengan yang baru, menggunakan semula nama penuh Kuala Lumpur dan bukan singkatannya KL, untuk pengiktirafan antarabangsa. Mengubah sedikit dengan konsep revolusi sejarah digital, iaitu bitmap sebagai langkah bersejarah sulung dalam revolusi cetakan dan rekabentuk di mana evolusi digital ini telah menyumbang besar terhadap pembangunan karya kreatif dan cara hidup kita. Logo KLDW 2010 baru ini mewakili aliran semangat kreatif, merangkumi semua kursus rekabentuk sekitar Kuala Lumpur. Sama seperti sebarang pembangunan rekabentuk, kita bermula dari sini dan kita mencari, mengalami dan menyelidiki semua kemungkinan sebelum sampai kepada kesimpulan atau penyelesaian. Bermain dengan tahun 2010 (Dua Ribu Sepuluh) sebagai tema, KLDW tahun ini akan mempersembahkan 20 buah pertunjukan di 10 lokasi berlainan sekitar Kuala Lumpur, dengan 20 penceramah antarabangsa di samping 10 Masters Malaysia dan 20 Penghibur dan 10 Kumpulan Muzik untuk menutup tirai temasya ini dengan penuh gilang-gemilang. Semua itu dan banyak lagi dalam bulan Mei akan datang!

>Tiga lokasi utama tahun ini terdiri daripada Galeri Seni Negara, yang akan menjadi hos kepada semua pameran pereka-pereka antarabangsa, Dialog Perniagaan Rekabentuk dan Forum Masters Malaysia.

CapSquare KL pula akan menjadi hos kepada semua pameran dan acara Perniagaan Rekabentuk, Pertunjukan Sekolah, dan Temasya Makanan & Minuman + Rekabentuk. Sementara itu, Persidangan Typographik, Simposium Majalah Kreatif dan Persidangan SuperAnimotion akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Lokasi-lokasi lain termasuk Pelancaran Pembukaan Rasmi di Taman Tasik Titiwangsa, persembahan Kebudayaan di ASWARA, Galeri Petronas, Hotel LeMeridien, MAP/Dutamas, Galeri Annexe Pasar Budaya, dan GIGs Kreatif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

KLDW 2010 mengorak langkah baru dari segi arah tuju, penambahbaikan dan penjenamaan semula komponen tahun lepas dengan konsep-konsep baru. Dengan harapan untuk melonjakkan Ekonomi Kreatif Malaysia, KLDW telah memperkenalkan  Pertunjukan Perniagaan Rekabentuk (BOD). BOD dibangunkan dengan niat untuk mencetuskan ekonomi kreatif bebas, dengan memberi fokus terhadap pemupukan potensi usahawan  rekabentuk muda kita. Komponen-komponen di bawah BOD termasuk Pameran oleh Pereka-pereka Muda Malaysia, Pertunjukan-pertunjukan oleh Individu dan Perniagaan Kreatif, Pasar Peniaga Rekabentuk,  Latar Bunyi Kreatif, Anugerah Perniagaan Kreatif & Inovatif dan Forum/Dialog Perniagaan, yang akan membincangkan masalah, isu dan peluang dalam Perniagaan Rekabentuk, Undang-undang Hakcipta dan banyak lagi.

Bulan Mei akan datang ini adalah masa untuk semua warga KL, samada penuntut, golongan muda profesional, ibu dan bapa untuk datang beramai-ramai menikmati KLDW 2010 - MINGGU REKABENTUK KUALA LUMPUR 2010. Ia berada di sini,  sekarang, sangat menarik dan kami inginkan anda untuk memeriahkannya! Dan kami ingin mencungkil bakat-bakat terpendam!
KLDW 2010 adalah mengenai Temasya BARU! BARU! BARU! Penuh dengan Konsep BARU! Pendekatan BARU! Halatuju BARU! Kerja BARU! Janji BARU! Agenda BARU! Mimpi BARU dan bekerja seiringan dengan tambahan AHLI KUMPULAN BARU! Minggu Rekabentuk Kuala Lumpur BARU sudah BERMULA!
Tamat.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi KLDW:
Suzanne Loh / Awin Hanni
suzanne@kldesignweek.com / awin@kldesignweek.com
Tel: +6106-2077671 / +6012-2075807

 

Mengenai Minggu Rekabentuk Kuala Lumpur
Minggu Rekabentuk Kuala Lumpur (KLDW) adalah acara tahunan pertama dan terbesar untuk industri kreatif Malaysia. Temasya ini adalah alat penting untuk pembangunan kreatif Negara, di dalam menyedarkan masyarakat mengenai signifikasi Ekonomi Kreatif dan menggalakkan pendidikan rekabentuk dalam pelbagai aspek pembangunan kebudayaan serantau.
Terbahagi kepada dua komponen iaitu Akademik dan Padang Permainan, KLDW menjanjikan program-program menarik yang akan membantu dalam mendidik, memberi ilham dan menghiburkan orang awam Malaysia melalui medium rekabentuk.
Komponen Akademik akan membawakan persidangan, forum, syarahan. Pereka-pereka antarabangsa telah dijemput khas untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman mereka dengan  Malaysia, maka dengan itu temasya ini juga akan menyerlahkan titik-titik panas rekabentuk tempatan Malaysia sendiri. Komponen Padang Permainan menjanjikan pameran antarabangsa dan tempatan, pemasangan rekaan, bazar seni, dan juga pesta dan sambutan perayaan. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.kldesignweek.com.

 
Tarikh Akhir Dikemaskini : 24 Mac 2011

Pautan Berkaitan