/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Makmal Konservasi
print mail

Makmal Konservasi

Konservasi atau sebelum ini dikenali sebagai pemuliharaan mempunyai dua kaedah pelaksanaan, iaitu konservasi preventif dan konservasi kuratif. Bagi menjamin kesalamatan dan kualiti sesuatu koleksi, kaedah yang pertama ini hendaklah sentiasa diberi penekanan. Ini disebabkan ia tidak memerlukan kepakaran khas dan kos yang sangat tinggi, memadai dengan rasa tanggungjawab dan perhatian yang serius.
Manakala kaedah yang kedua memerlukan tindakan kepakaran yang khusus dan mungkin mengakibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan bahan-bahan tertentu yang tidak boleh didapati didalam negara.

 

Konservasi Preventif 

Merupakan tindakan pemeliharaan dengan memastikan keadaan keselamatan, persekitaran dan koleksi berada dalam keadaan baik dan terkawal. Kawalan Suasana atau environmental monitoring adalah amat perlu dengan memastikan suhu, pengcahayaan, tahap kelembapan bandingan, kawalan radiasi dan pencemaran sentiasa di pantau dan di kawal. Selain itu persekitaran yang baik juga dapat menghindarkan koleksi dari masalah kerosakan yang diakibatkan oleh factor kimia, fizikal dan ajen-ajen makhluk perosak.

 

Konservasi Kuratif

Restorasi dan awetan termasuk dalam kaedah ini. Aktiviti kaedah ini ialah mencuci permukaan dengan cara kering dan larutan, membuat rawatan, relining, in painting, infilling, konsolidasi dan lain-lain lagi. Kerja-kerja ini dijalankan didalam makmal konservasi oleh pegawai dan kakitangan konservasi yang terlatih dengan bantuan kelengkapan dan peralatan khas yang dikhususkan untuk tiap-tiap jenis bahan dan objek seni. Kertas Konservasi Karya Foto dari 'Man And His World' 1972-73, Sulaiman Haji Esa, DR

Halaman: 1  2  3  

Tarikh Akhir Dikemaskini : 07 Mac 2011

Pautan Berkaitan