/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Our World Your Move
print mail

"DUNIA KITA. ANDA TENTUKAN" KEMPEN DAN PAMERAN GAMBAR FOTO


PENGENALAN

Penubuhan pergerakan palang merah dan bulan sabit merah antarabangsa (PERGERAKAN) berasal daripada pertempuran sengit yang berlaku pada 24 jun 1859 di Solferino, Utara Itali. Pertempuran itu mengambil masa melebihi sembilan jam di mana 6,000 askar terkorban dan 35,000 lagi cedera, hilang ataupun ditawan sebagai tahanan perang. Mereka yang menyaksikan peristiwa ngeri itu menceritakan tentang askar-askar yang cedera dan terkorban.

Henry Dunant, seorang ahli perniagaan Swiss, yang kebetulan melintasi tapak bekas pertempuran ketika itu. beliau tidak sanggup melihat penderitaan sekelilingnya, dengan segera mendapatkan bantuan penduduk tempatan dalam usahanya menghulur bantuan di mana yang perlu. Tidak lama kemudian pada tahun 1862, beliau telah menulis buku yang diberi nama A Memory of Solferino yang membawa kepada persidangan diplomatik pada tahun 1864 di mana Konvensyen Geneva pertama bagi melindungi askar-askar yang cedera, telah ditandatangani.

Pada tahun 1949, empat Konvensyen Geneva telah digubal khusus untuk melindungi mereka yang tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran bersenjata. kini, semua negara telah menerima keempat-empat konvensyen tersebut. ia benar-benar merupakan undang-undang sejagat.

Tahun 2009 amat bermakna bagi pergerakan palang merah dan bulan sabit merah: ia menandakan ulang tahun ke-150 pertempuran di Solferino dan ulang tahun ke-60 bagi keempat-empat Konvensyen Geneva 1949.

Dalam mengingati ulang tahun ini, pergerakan telah melancarkan satu kempen – "Dunia Kita, Anda Tentukan." – untuk memberi kesedaran kepada semua orang bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk mengurangkan penderitaan manusia.

Dengan kerjasama balai seni lukis negara, pergerakan menganjurkan satu pameran foto - "Dunia Kita Anda Tentukan" yang bertujuan untuk memberi peringatan bahawa situasi keganasan dan peperangan masih terdapat di dunia sejak pertempuran Solferino. Ia juga menonjolkan usaha-usaha yang dapat menjadi inspirasi; usaha oleh orang-orang biasa, yang cuba untuk mengurangkan penderitaan manusia di seluruh pelosok dunia yang bahaya dan ganas.

Penubuhan pergerakan palang merah dan bulan sabit merah adalah seiring dengan kelahiran fotografi. jurugambar perang dan penggiat kemanusiaan mempunyai tujuan yang serupa, iaitu untuk menamatkan penderitaan yang disebabkan oleh peperangan.

Jawatankuasa antarabangsa palang merah (ICRC) dan lima orang jurugambar terkenal daripada agensi foto vii – James Nachtwey , Franco Pagetti , Antonin Kratochvil , Ron Haviv dan Christopher Morris – telah bekerjasama dalam pameran ini untuk membawa cerita-cerita yang mengisahkan tentang penderitaan peperangan dan situasi keganasan yang sekian lama mendapat perhatian dunia.

Pameran tersebut memaparkan lima imej daripada setiap kawasan yang dilawati oleh jurugambar berkenaan, yang menjadikan jumlah keseluruhan gambar yang diambil sebanyak 40 imej. James Nachtwey telah mengembara ke Filipina dan Afghanistan, Franco Pagetti ke Lubanon dan Colombia, Ron Haviv ke Haiti dan Democratic Republic of Congo, Christopher Morris ke Liberia, dan Antonin Kratochvil ke Georgia

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Mac 2011

Pautan Berkaitan