 | | Dalam kegelapan, terpancar sinar cahaya yang menyinari seluruh sudut ruang… Pameran Cahaya memaparkan sebanyak 29 buah karya koleksi himpunan tetap Balai Seni Visual Negara yang terdiri dari karya jenis catan, fotografi, media campuran, cetakan dan arca. Di sebalik pameran Cahaya ini membawa pengertian kesedaran cahaya dalaman. Dalam erti kata lain, pencerahan nilai-nilai manusiawi dalam diri dan rohani yang membawa bersama nilai-nilai universal seperi kasih sayang, kemanusiaan, dan kesedaran pluralisme sejagat dan akhirnya membawa kepada ketenangan jiwa.
Selamat Hari Deepavali 26.10 - 20.11.2011 Galeri REKA
|
| | | |
Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Oktober 2011