/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Pameran “Hari Hutan Sedunia”
print mail

Pameran “Hari Hutan Sedunia”

 

Pameran yang bersempena “Hari Hutan Sedunia”

 

Pameran yang bersempena “Hari Hutan Sedunia” ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan hutan kepada masyarakat. Pameran ini merupakan sebahagian dari usaha FRIM dengan kerjasama pelukis-pelukis tanahair dibawah RIZLAN GALERY untuk mempamerkan seni visual keindahan lanskap hutan yang terdapat di kawasan FRIM dan lain-lain landskap hutan yang dipelihara oleh Jabatan Hutan di seluruh negara .

 

Majlis Perasmian Pameran Lukisan Dunia Pesona FRIM bersama Rizlan Ghani & Rafie

Di Rasmikan Oleh : Dato’ Dr Abd Latif Mahmud
(Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)

2hb Jun 2009, Selasa
Jam 3.00 Petang

 

Kenyataan Rizlan

Sejak awal kehidupan manusia, wujud perhubungan saling memerlukan antara alam semesta dan manusia, Manusia bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar untuk mendapatkan bahan makanan, tempat perlindungan dalam proses evolusi kebudayaannya. Kemajuan manusia adalah terlalu bergantung kepada peruntukan alam sekeliling dan sudah tentu keadaan alam sekitar adalah juga hasil eksplotasi manusia terhadap semulajadi.

Sehingga kini, walaupun wujud kawasan perindusterian serta Bandar, kelompok manusia yang besar di hutan-hutan hujan di Amerika Tengah serta kawasan hutan Khatulistiwa dan Tropika di Asia dan Afrika masih terdapat kawasan yang didiami oleh suku kaum manusia yang bergantung hidup setiap hari dari hutan yang didiami.

Walaubagaimanapun eksploitasi manusia yang berlebihan pada alam sekitar telah memusnahkan sebahagian besar dari flora dan fauna sehingga menyebabkan perlupusan sebahagian besar species yang ada.

Di atas kesedaran perlunya pemuliharaan alam sekitar untuk generasi masa kini dan hadapan, keseluruhan dunia menerusi Badan Bangsa Bersatu serta kerajaan yang berkuasa telah mengadakan usaha usaha serta perundangan untuk menyelamatkan alam sekitar di semua Negara yang terlibat.

Hari Hutan Sedunia diadakan untuk memberi kesedaran bagi mencapai matlamat ini. Pameran ini adalah sebahagian usaha FRIM yang bekerjasama dengan RIZLAN GALERY serta pelukis-pelukis nya yang mempamerkan seni visual keindahan lanskap hutan yang terdapat di kawasan FRIM dan lain lain lanskap hutan yang di pelihara oleh Jabatan Hutan di seluruh Negara.

Andalah harapan kami, peminat yang menikmati pameran ini mendapat sesedaran atas perlunya pemeliharaan alam sekitar dan untuk faedah kemanusiaan.

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Mac 2011

Pautan Berkaitan