MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KEPADAMU KEKASIH (YANG MAHA ESA) DI BALAI SENI LUKIS NEGARA
Balai Seni Lukis Negara (BSLN) akan mengadakan Majlis Perasmian Pameran KepadaMu Kekasih (Yang Maha Esa) di Balai Seni Lukis Negara sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tarikh, masa dan tempat berikut :
| Tarikh | : | 20 Ogos 2010 (Jumaat) |
| Masa | : | 5.00 petang |
| Tempat | : | Lobi Utama, Aras 1, Balai Seni Lukis Negara |
BSLN berbesar hati ingin menjemput anak-anak yatim seramai 30 orang dari Pertubuhan Penyayang Raudhah bersama-sama memeriahkan majlis ini agar menjadi lebih bermakna. Selain itu, majlis ini bertujuan memberi pendedahan dan perkenalan kepada generasi muda terhadap pameran yang bersifat kerohanian dalam konteks keislaman dan terdapat lebih kurang 70 orang pelukis Malaysia terlibat dalam pameran ini, di mana mereka akan menzahirkan unsur Islamik dalam beberapa bentuk karya seperti lukisan, kaligrafi dan arca. Majlis ini akan disusuli dengan keperihatinan yang ikhlas dari pihak BSLN untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu warga pertubuhan ini yang memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek keperluan harian.
ATURCARA MAJLIS
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KEPADAMU KEKASIH (YANG MAHA ESA) DI BALAI SENI LUKIS NEGARA
| 5.00 petang | | Ketibaan para jemputan dan Anak-anak yatim dari Pertubuhan Penyayang Raudhah |
| 6.00 petang | | Upacara Perasmian Pameran KepadaMu Kekasih (Yang Maha Esa) di BSLN oleh YBhg Shahibul Samaha Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh iaitu Mufti Wilayah Persekutuan Penyerahan sumbangan kepada wakil Pertubuhan Penyayang Raudhah |
| 7.00 - 7.30 malam | | Majlis Berbuka Puasa / Jamuan Makan |
| 7.45 malam | | Solat Maghrib & Bacaan Yasin |
| 8.30 malam | | Solat Isyak / Tarawih |
| 9.30 malam | | Lawatan berpandu ke galeri pameran |
| 10.00 malam | | Bersurai |