/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Pameran Teng
print mail

Pameran Teng

Pameran Teng
Datuk Chuah Thean Teng atau lebih dikenali di seluruh pelusuk dunia sebagai Teng, disanjungi sebagai Bapa lukisan Batik Moden. Pada penghujung dekad 1950 an beliau sendirian mengubah Batik, sejenis kraftangan asli rantau ini, menjadi sebuah bentuk seni halus moden. Justeru itu beliau mencapai kemasyhuran di peringkat antarabangsa dan serentak meletakkan nama Negara, ketika itu Malaya, dipeta seni dunai. Dilahirkan di Wilayah Fujian di China pada tahun 1912, Teng berhijrah ke malaya sewaktu berusia 18 tahun dan menetap di Pulau Pinang. Beliau menceburkan diri di dalam pelbagai pekerjaan sebelum mengambil keputusan menjadi pelukis. Bersama-sama dengan seniman- seniman ternamA dizamannya iaitu mendiang Kuo Ju Ping dan Tan Choon Ghee, beliau mendirikan Penang Art Studio (1960-61), sebuah studio seni lukis yang terkenal. Disana mereka mengajar dan berkongsi idea serta kemahiran dengan ramai pelajar yang kini Berjaya menjadi pelukis tersohor. Demi menghargai sumbangan beliau, sebuah pameran tunggal yang jarang sekali dianjurkan telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) Kuala Lumpur pada tahun 1965.
    
Apabila UNICEF memilih karya beliau yang bertajuk “Two Of a Kind” pada tahun 1968 untuk mencetak sebagai kad-kad ucapan, beliau menjadi rakyat malaysia yang julung-julung kali mendapat penghormatan sebegitu. Selain masyhur sebagai pelapor pendekatan baru medium seni yang tak lapuk dek zaman, Teng turut dikenali menerusi bahan-bahan subjeknya yang secara ekslusif memberikan tumpuan kepada masyarakat tani dan golongan murba tempatan serta keindahan kehidupan kampung.
 

Gaya lukisan beliau dipengaruhi oleh Pablo Picasso dan kemudian Paul Gaiguin. Semenjak pameran tunggalnya yang pertama dan Berjaya di Pulau Pinang pada tahun 1955, diikuti oleh pameran-pameran di Singapura (1965) dan selepas itu Kuala Lumpur (1957), beliau telah mempamerkan lukisan-lukisan batiknya yang unik ke serata dunia di negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, New Zealand, Belanda, Swirzerland, Kanada, Brazil, Vietnam dan Lain-lain. Sebagai tanda penghargaan dan rasa hormat ke atas jasa-jasa cemerlang beliau terhadap seni dan budaya, BSLN sekali lagi memberikan penghormatan kepada beliau menerusi pameran bertajuk “ Teng: Satu Penghargaan”. Pameran ini bakal menampilkan banyak karya-karya awal beliau yang dihasilkan didalam pelbagai medium termasuk lukisan-lukisan batik. Ia dibuka kepada orang ramai daripada Disember 2008 hingga Februari 2008.   

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Mac 2011

Pautan Berkaitan