/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Pelukis DI lobi
print mail

Program ‘Pelukis di Lobi’

Balai Seni Lukis Negara (BSLN) mempelawa para pelukis dan pengkarya seni visual di Malaysia untuk mengemukakan permohonan program ‘Pelukis di Lobi’.

Program ‘Pelukis di Lobi’ telah dimulakan oleh Balai Seni Lukis Negara (BSLN) pada tahun 2009 bertujuan untuk menyediakan sebuah ruang (lobi) bagi aktiviti berkarya kepada para pengkarya seni visual di BSLN. Ia juga bertujuan bagi  menggalakkan pengunjung galeri untuk mendekati dan mengenali pengkarya seni visual tanahair serta menghayati seni visual secara langsung.

Setakat ini tiga orang pengkarya seni visual telah mengikuti program anjuran ini berdasarkan kepada pengalaman panjang mereka  berkecimpung dalam bidang seni, penguasaan teknik yang tinggi dan sifat ingin atau suka berkongsi pengetahuan seni mereka dengan khalayak. Karya-karya yang dihasil dan dipamerkan oleh para peserta program juga boleh dijual terus.

Berminat untuk menjadi peserta program ‘Pelukis di Lobi’?

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM  PELUKIS DI LOBI BALAI SENI LUKIS NEGARA (BSLN)

  1. Terbuka kepada semua pengkarya seni visual warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
  3. Bebas daripada tuduhan atau tindakan undang-undang. 
  4. Telah berdaftar dengan program Kad Keahlian Pelukis BSLN (Artist Membership BSLN).
  5. Bergiat aktif dalam bidang seni visual sekurang-kurangnya  5 tahun.
  6. Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama perkara-perkara seperti berikut:

    1. Biodata artis.
    2. Salinan karya-karya dalam bentuk soft copy atau hard copy.
    3. Lain-lain dokumen sokongan yang difikirkan berkaitan.

 

Para pelukis dan pengkarya seni visual yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan Program Artis di Lobi  ini daripada urusetia program iaitu Pn. Hartini Yajid (e-mel: hartini@artgallery.gov.my) atau Cik Wan Faizun Zaffan (e-mel: faizun@artgallery.gov.my).  

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

Urusetia Program Peti Seni BSLN,
Cawangan Pembangunan Seni,
Balai Seni Lukis Negara,
No. 2, Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.

Permohonan program ini adalah dibuka sepanjang tahun.

Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 Mac 2011

Pautan Berkaitan