|
|
| |
|
| |
|
Pelukis Di Lobi di BLSN  Balai Seni Lukis Negara (BSLN) menempatkan ‘Pelukis di Lobi’ di bawah Program Artis Tamu yang bermula dari Oktober 2009 sehingga Disember 2009 dan diadakan setiap hari bermula dari jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang. ‘Pelukis di Lobi’ menonjolkan 3 orang pelukis veteran tempatan yang akan membuat demonstrasi secara langsung dan berkongsi idea melalui pengalaman mereka dalam bidang seni dengan pengunjung BSLN. Pelukis yang telah dipilih bagi program ini adalah Encik Osman Akbar yang terkenal dengan lanskap Malaysia dan rumah tradisional Melayu. Puan Mah Ai Ching dengan sentuhan karya menggunakan cat air yang menggambarkan keindahan flora dan fauna Malaysia dan Encik Thangarajoo a/l M.A. Kanniah , pelukis yang menampilkan kepelbagaian bakat dan merupakan bekas ahli kumpulan ‘Anak Alam’. Balai Seni Lukis Negara juga menonjolkan pelukis dari ‘Mouth & Foot Painting Artists of Malaysia’(MFPA) bagi menunjukkan kemahiran teknik luarbiasa melukis. Jadual pelukis adalah seperti berikut : Osman Akbar : Isnin & Khamis Mah Ai Ching: Selasa & Sabtu Thangarajoo M.A Kanniah: Rabu & Jumaat ‘Special artists’ dari MFPA Malaysia: Ahad
|
|
|
|
|