Cawangan Pendidikan
Berperanan untuk merancang, mendidik, memberi pendedahan dan membantu mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap kepelbagaian bidang seni visual dengan lebih berkesan menerusi aktiviti sokongan seni dan perkhidmatan pendidikan. Balai Seni Visual Negara (BSVN)menyediakan bengkel-bengkel pendidikan bagi semua golongan sebagai usaha memupuk pemahaman yang lebih dinamik terhadap bidang seni visual. Selain daripada itu, “Bengkel Cuti Sekolah” turut diadakan secara tetap sebagai pengisian waktu cuti sekolah disamping aktiviti-aktiviti lain seperti pertandingan seni lukis, bicara seni dan sebagainya.
Fungsi
- Menyediakan program sokongan pendidikan bagi meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan khalayak terhadap aktiviti seni visual.
- Melaksana dan menyediakan aktiviti sokongan bagi pameran di galeri BSVN.
- Melaksana program latihan pembangunan pendidikan khas kepada institut dan sekolah seni.
- Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pelanggan berkaitan produk dan perkhidmatan pendidikan, pertandingan seni lukis dan penghakiman di peringkat sekolah rendah & menengah.
- Memantau dan mempertingkatkan hubungan kerjasama secara langsung dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
- Menyediakan strategi dasar / polisi Cawangan Pendidikan.