/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
Program Penempatan di Peti Seni BSLN Siri 2
print mail

Balai Seni Visual Negara (BSVN) mempelawa para pelukis dan pengkarya seni visual di Malaysia untuk mengemukakan permohonan berkarya di Peti Seni yang disediakan oleh BSVN.

 

Terma dan syarat umum permohonan adalah seperti berikut:

 

  1. Terbuka kepada semua pengkarya seni visual warganegara Malaysia berumur 20 tahun ke atas dari tarikh pemohonan (sila nyatakan jika menghadapi masalah kesihatan / kurang upaya).

     

  2. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan program Kad Keahlian Pelukis BSVN (Artist Membership BSVN). Keutamaan akan diberikan kepada ahli yang mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup.

     

  3. Setiap permohonan Program Berkarya di Peti Seni mestilah dibuat melalui borang permohonan yang disediakan oleh BSVN serta dilampirkan bersama-sama dengan:

      1. Satu salinan kad pengenalan, DAN

      2. Satu curricular vitae (CV) atau maklumat biodata pemohon.

  4.  

  5. BSVN berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang tidak mematuhi syarat dan segala keputusan BSVN adalah muktamad.

     

  6. Pemohon mestilah bersetuju bahawa penglibatan berkarya di Peti Seni BSVN adalah bagi tempoh 3 bulan sahaja. Permohonan perlanjutan tempoh boleh dibuat secara bertulis dan tertakluk kepada pertimbangan BSVN.

     

  7. Pemohon yang berjaya mestilah bersetuju untuk:

      1. Menghadiahkan satu (1) buah lukisan terbaik kepada BSLN setelah tamat tempoh penempatan, ATAU

      2. Menyumbangkan tenaga dalam mana-mana aktiviti BSVN secara percuma yang akan ditentukan oleh urusetia.

  8.  

  9. Pemohon yang berjaya mestilah sentiasa bersedia untuk berinteraksi dengan para pengunjung BSVN.

  10.  

  11. Karya yang dihasilkan sepanjang penempatan di Peti Seni boleh dijual.

  12.  

  13. Penggunaan ruang Peti Seni atau peralatan yang disediakan adalah percuma.

  14.  

  15. Tiada elaun atau apa-apa bayaran akan diberi kepada pemohon sepanjang tempoh penempatan di Peti Seni.  

  16.  

Para pelukis dan pengkarya seni visual yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan Program Berkarya di Peti Seni ini daripada urusetia program iaitu Cik Wan Faizun Zaffan (faizun@artgallery.gov.my). Permohonan Kad Keahlian Pelukis BSVN (Artist Membership BSVN) pula boleh dibuat kepada Pn. Hartini Yajid (hartini@artgallery.gov.my).

 

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

Urusetia Program Peti Seni BSVN,
Cawangan Pembangunan Seni,
Balai Seni Visual Negara,
No. 2, Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat oleh pihak urusetia.

Permohonan program ini adalah dibuka sepanjang tahun.

Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 September 2011

Pautan Berkaitan