/ Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
soalan lazim
BSLN
BSLN
Q : Bilakah Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan?
A : Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dari jajahan British. Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
Q : Apakah objektif utama Balai Seni Lukis Negara?
A : Objektif utama Balai Seni Lukis Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.
Q : Misi BSLN
A : Mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.
Q : Visi BSLN
A : Balai Seni Lukis Negara sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara.
Q : Adakah BSLN menyediakan tempat bagi latihan industri pelajar (practical)?
A : Ya, BSLN menerima pelajar bagi latihan industri, walaubagaimanapun tempat adalah terhad. Permohonan boleh dibuat melalui Fakulti atau Universiti dan dialamatkan kepada Ketua Pengarah BSLN. Permohonan yang diterima adalah berdasarkan kriteria-kriteria tersebut: Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program diploma dan ijazah sarjana muda dari IPTA dan IPTS yang diiktiraf. Pengambilan pelajar berdasarkan jurusan yang diikuti pelajar yang merangkumi. a. Pembangunan Seni b. Pengurusan Konservasi, c. Pengurusan Seni, d. Senireka Grafik e. Pemasaran dan perhubungan awam. * BSLN tidak menyediakan sebarang bayaran / elaun, kemudahan pengangkutan dan kediaman kepada pelajar- pelajar latihan industri.


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2]   selepas    terakhir  
print mail

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-

Balai Seni Lukis Negara
Bahagian Khidmat Pengurusan
(Cawangan Pentadbiran)
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 03 4026 7000
Fax : 03 4025 4987

Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 April 2011

Pautan Berkaitan