Siaran Media Majlis Perasmian Pameran ‘KOLEKSI TRADISI KE POP”

KUALA LUMPUR, 22 September 2016Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian Pameran “KOLEKSI TRADISI KE POP” yang dilancarkan oleh Puan Elizaberth Cardosa iaitu Presiden Badan Warisan Malaysia pada 22hb September 2016 (Khamis) jam 3.00 petang.

Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni  hiburan dan persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik. Ia merupakan satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.

Pameran yang diadakan di Balai Seni Visual Negara ini menampilkan patung-patung wayang asli yang diambil dari beberapa koleksi peribadi serta interpertasi wayang kulit kontemporari yang memaparkan imej-imej adiwira dalam budaya popular masakini. Pameran ini bertujuan untuk meninjau pelbagai bentuk persaingan di antara para penggiatnya dan keperluan untuk menerapkan elemen-elemen budaya popular dari segi reka bentuk patung serta kepenggunaan bahasa dan bunyi demi memenuhi permintaan semasa.

Sebanyak 35 karya dan bahan-bahan arkib yang dicetak semula dipamerkan disini dalam pelbagai bentuk dimensi. Antaranya ialah karya-karya oleh pelukis senior dan Tokoh Seni Cetak Malaysia, Long Thien Shih dan pelukis Allahyarham Nik Zainal Abidin Nik Salleh (1936-1993) yang telah mempopularkan watak-watak wayang di dalam lukisan-lukisannya. Antara beberapa projek berkumpulan dan kolaborasi yang dibawa khas ke pameran ini ialah Fusion Wayang Kulit, Main Wayang, Wayang Kulit Malaysia dan Wang Kulit Semangat Baru.

Justeru itu para pelawat boleh menghayati keunikan seni wayang kulit dengan lebih dekat bermula daripada 26hb Ogos 2016 sehingga 30hb September 2016, jam 10 pagi sehingga 6.00 petang di Creative Space, Balai Seni Visual Negara. Orang ramai dijemput hadir.

Art Market Malaysia

Assalam dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Art Market Malaysia akan diadakan dari 27 Ogos 2016 hingga 31 Ogos 2016 bertempat di Balai Seni Visual Negara bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Art Market Malaysia merupakan acara tahunan yang diwujudkan untuk membantu golongan kurang upaya dengan memberi mereka ruang untuk berniaga tanpa mengenakan bayaran. Art Market Malaysia merupakan platform seni yang terbesar membawa seni Malaysia kearah yang lebih baik terutamanya untuk karyawan amatur dan mempunyai misi membawanya ke seluruh dunia.

Sebanyak 100 lot perniagaan akan dibuka dimana 70% terdiri dari karyawan seni pelbagai genre dan 30% terdiri dari pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, fesyen dan lain lain. Sasaran pengunjung adalah dari remaja berumur 20 tahun sehingga dewasa berusia 55 tahun. Jumlah pengunjung disasarkan sebanyak 500 orang sehari tidak termasuk vendor seramai 200 orang.

1MCAT 2016

Bakat Muda Sezaman 2016

Young Contemporaries 2016

Bakat Muda Sezaman 2016

Floor Talk/Art Talk

Art-Talk-Ruzaika

From Tradition to POP

POP-Front

POP-Back