PROGRAM YOUNG ART ENTREPRENEURS (YAE!)

PROGRAM YOUNG ART ENTREPRENEURS (YAE!)

Program YAE! diperkenalkan bagi menyediakan pakej latihan dan kejurulatihan (coaching) untuk penggiat-penggiat seni muda memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi penggiat seni yang berdaya maju dan berdaya saing.

Dengan mempelajari sisi perniagaan dalam bidang seni, peserta dapat mengorak langkah membina kerjaya yang diinginkan berdasarkan minat, kebolehan dan bakat yang dimiliki peserta.

Peserta berpeluang meneroka dan mempelajari idea-idea baru dalam membina model perniagaan yang kompetitif dengan dibantu oleh jurulatih dan mentor berpengalaman bagi memantapkan kemahiran peserta dalam berkarya dan memulakan perniagaan.

Objektif utama YAE! adalah untuk:

  1. Melatih pelukis muda dengan kemahiran keusahawanan.
  2. Memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands on dan berterusan kepada peserta.
  3. Menggalakkan penjanaan pendapatan melalui hasil aktiviti seni.
  4. Meningkatkan kreativiti peserta dalam membina karya yang menarik dan relevan.

SYARAT PENYERTAAN:

  1. Warganegara Malaysia berumur diantara 18-35 tahun
  2. Mestilah penggiat seni sepenuh masa. Tidak terikat dengan mana-mana kontrak (pekerjaan/biasiswa/pelajar).
  3. Bersedia untuk mengikuti program ini secara sepenuh masa selama 2 bulan.

KEPERLUAN PERMOHONAN:

Pemohon dikehendaki mengisi Borang Penyertaan secara atas talian seperti di pautan yang tertera di bawah.

Pemohon hendaklah menyertakan Portfolio atau CV lengkap yang mengandungi latar belakang pendidikan, pengalaman (jika ada), pameran yang pernah disertai serta aktiviti seni lain yang terlibat.

Setiap permohonan juga dikehendaki menyertakan gambar karya yang telah dihasilkan sebagai rujukan. Gambar karya yang dihantar dalam format PDF atau JPEG, lengkap bersama maklumat karya tersebut.

Permohonan hendaklah dilengkapkan sebelum atau pada 31 Ogos 2020 di pautan berikut:

https://www.artgallery.gov.my/yae

 

Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada:

Sekretariat YAE!,
Balai Seni Negara,
No 2, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur
Tel: 03-40267000

atau emel ke artgovernance@artgallery.gov.my

Tarikh-Tarikh Penting:

Permohonan dibuka: 23 Julai 2020 – 31 Ogos 2020

Sesi Temuduga: September 2020

Tarikh Program: 15 Oktober  – 15 Disember 2020

Tender Insuran Berkelompok 2020

Iklan-Tender-Insuran-Berkelompok_2020
<!–iframe style=”width: 100%; height: 500px;” src=”http://docs.google.com/gview?url=https://www.artgallery.gov.my/wp-content/uploads/2020/07/Iklan-Tender-Insuran-Berkelompok_2020.pdf&embedded=true” frameborder=”0″>Tender Insuran Berkelompok 2020</a==>

Gerak Seni Pandemik

GERAK SENI PANDEMIK
(PENGUMPULAN DATA ONLINE SENI VISUAL MALAYSIA)

Balai Seni Negara sedang menjalankan pengumpulan data online seni visual Malaysia. Pengumpulan data ini adalah merujuk kepada program dan aktiviti seni yang berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Fasa Keempat.

Hebahan ini adalah bertujuan untuk menjemput dan memohon kerjasama rakan seni tempatan yang telah menjalankan initiatif program dan aktiviti termasuklah galeri ,pekerja seni dan seniman untuk berkongsi informasi dalam usaha menambahbaik data yang sedia ada.

Penerbitan khas ini juga adalah projek usahasama penyelidikan data oleh Balai Seni Negara yang akan diterbitkan dan bukan bertujuan komersil. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan bersetuju memberi kebenaran kepada Balai Seni Negara menerbitkan data berkaitan program dan aktiviti seni yang di nyatakan. Tarikh tutup adalah pada 07 Julai 2020.

Sila lengkapkan borang dalam talian (Online) untuk tujuan kemaskini , klik disini.