1. Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, amanah, bermutu, efektif dan inovatif dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program penggalakan dan kecemerlangan seni bagi menyokong pembangunan industri pelancongan dan seni negara.
  2. Menjaga kepentingan dan mendokong usaha para pelukis dengan memberi ruang dan peluang untuk memartabatkan seni visual negara.
  3. Merancang, mendidik, memberi peluang penyelidikan dan menggalakan aktiviti seni bagi pemupukan masyarakat berbudaya.
  4. Menentukan keselesaan ruang, memberi layanan yang mesra dan berkualiti kepada para pelawat dari dalam dan luar negara.
  5. Bersikap positif dan prihatin dalam memenuhi keperluan pelanggan mengikut peredaran masa serta menyahut cabaran semasa.