CADANGAN KARYA
PERKARA DI AWANGAN
Perkara di awangan adalah siri catan yang canderung kearah cara gerak kerja yang lebih ekspresi dengan bentuk yang agresif. Pada awal tahun 2020 keadaan yang berlaku di Studio Dusun Hulu Langat, dengan gerak kerja garisan-garisan yang dihasilkan menggunakan dahan atau ranting-ranting kayu. Sesuatu perkara yang terlintas secara langsung dari minda seniman lalu diolah secara bersahaja( spontan) keatas permukaan kanvas dengan menggunakan palitan cat minyak yang basah dan sapuan bentuk garisan dari dahan kayu yang hanya dikerjakan pada detik itu sahaja (moment). Adakalanya terlihat seperti bentuk landskap pada lukisan dengan sudut perspektif yang luas, terlihat juga berbentuk bunga yang d ‘close up, tetapi semua itu adalah yang terlintas di awang-awangan dari pemikiran seorang seniman. Menjadi persoalan adakah ianya seperti puisi-puisi dari minda yang diolah menjadi sesuatu lukisan ? lanya telah menjadi perkara penting kepada seniman dalam menghasilkan lukisan seperti cara ekspresi memenuhi sesuatu ruang dan keadaan iaitu masa, tenaga dan fikiran.
KARYA AKHIR
LINK: https://www.instagram.com/tv/CXfsfTig8vt/?utm_source=ig_web_copy_link
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3