PESERTA
KETERANGAN KARYA
AKU BUKAN VIRUS DAN JEJAK VIRUS
Media Campuran/Istalasi
Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga 17030 Pasir Mas, Kelantan.
A. Latar Belakang Penghasilan Karya
Sepertimana yang kita semua tahu, dunia sedang berdepan dengan penutaran wabak Covid 19 termasuk negara kita, Malaysia. Keadaan ini memben kesan kepada semua golongan masyarakat baik secara langsung atau tidak langsung, samada kesannya positif atau negatif. Kesan daripada ini membangkitkan rasa kuat, cemas, bimbang, sedih, dan haru. Penciptaan karya seni ini dilatarbelakangi oleh pengamatan serta pengalaman peribadi saya dan keluarga pada tahun 2021, yang mana ahli keluarga juga antara mangsa wabak Covid-19 ini.Justeru itu tema yang dipah untuk karya ini adalah Pendem wid-19 Setelah mengamati keadaan lokasi yang dipilih untuk karya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga, pengolahan karya dibuat untuk menyesuaikan keadaan karya di lokasi Selanjutnya saya, mengisi ruang tersebut dengan objek yang mempunyai perkaitan antara lokasi tatu sekolah dan juga pendemik covid 19.
B. Konsep Karya
Karya AKU BUKAN VIRUS & JEJAK VIRUS merupakan sebuah karya instalasi yang dimuatkan dalam sebuah kelas berukuran 24 x 49 x12 kaki Karya ini menggunakan seluruh bahagian nang tersebut yang mana pengisiannya saling berinterak antara satu sama lain, dan masih membawa tema yang sama iaitu Pendemik Cavid 19
Pada awalnya, karya ini hanya tertumpu kepada lukisan dan tapak sahaja Pengolahan idea yang dibuat sehingga mengunakan keseluruhan ruang tersebut. Antara pengisian yang ada dalam ruang tersebut adalah, lukisan, tapak kaki pada tanah liat, meja dan kerust contangan pada satu permukaan yang dilekatkan pada dinding, nombor/ angka dan pelekat putih Contengan dan angka, berada di bahagian hadapan, meja dan kerusi, dan tapak kaki berada dibahagian tengah, dan di bahagian belakang ditempatkan lukisan Manakala pelekat putih pula memenuhi semua permukaan dinding di sekeliling ruangan kelas tersebut.
Lukisan bersaiz 4×4 kaki memaparkan visual virus covid 19 dan susuk seorang gadis dari pandangan belakang sambil memegang satu bendera putih. Membawa erti yang gadis sedang sedaya upaya untuk tidak mengangkat bendera putih tanda mengalah dalam menghadapi situasi pendemik covid 19.
Seterusnya tapak kaki pada lantai berinteraksi dengan lukisan tersebut dengan keadaan menghadap lukisan tersebut. 8 tapak kaki yang terdapat pada tanah liat tersebut merupakan tapak kaki 8 ahli keluarga saya yang merupakan mangsa covid 19. Selain dar kesan tapak kaki, juga terdapat tulisan tangan mereka menandakan nama dan tarikh jangkitan virus. Tanah liat yang digunakan diambil dari kawasan berhampiran lokasi dan terlihat kesan dan akan menjadikan kesan rekahan secara semulajadi yang terkesan akibat tekanan, bau tanah liat asti juga merangsang deria bau tentang mengamati persekitaran lokasi tersebut.
8 buah meja disusun jarak antara satu sama lain dengan keadaan kerusi diatasnya dalam keadaan tertutup persi keadaan meja dan kerusi yang tidak digunakan atau setelah digunakan. Keadaan ini membawa makna yang mana sekolah juga antara yang terjejas akibat Covid-19, yang mana sebahagian pelajar dibenarkan menjalani pembelajaran secara bersemuka tetapi dengan keadaan menjaga penjarakan sosial. manakala sebahagian lagi tidak dibenarkan ke sekolah dan menjalankan pembelajaran secara atas talian.
Contengan ini pula ialah interaksi karya dengan pengunjung/pelajar/staff sekolah yang mana mereka boleh menandakan sebarang contengan berkenaan pengalaman mereka dalam pendemik Cavid-19 dan diberi kebebasan mengikut kretiviti masing-masing. Pada contengan ini, terdapat pelbagai tanda samaada positif mahupun negative. Contengan ini akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Selain itu, dua pengisian lain yang sengaja meninggalkan persoalan kepadar pengunjung adalah nombor puluhan ribu yang dicatatkan di atas kawasan contengan dan puluhan ribu pelekat putih yang dilekatkan di seluruh dinding ruang tersebut. Dua pengisian ini saling berkaitan antara satu sama lain. Angka/nombor yang ditulis adalah jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia dan pelekat putih yang ditambal juga sebanyak jumlah tersebut. Tampalan pelekat ini mampu memaparkan gambaran jumlah kematian di Malaysia dan juga sebagai tanda peringatan terhadap mangsa ini. Keadaan atau jumlah ini akan berubah mengikut rekod kematian akibat Covid-19 di Malaysia.
C. Penutup
Berdasarkan penyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa idea dasar penciptaaan karya instalasi ini adalah berkenaan pendemik covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia yang mana menjejaskan banyak pihak dan memberi kesan yang mendalam kepada semua.Pengisian-pengisian dalam ruangan kelas ini iaitu, lukisan, meja dan kerusi, contengan, nombor dan pelekat putih sememangnya membawa sebab yang tersendiri dan masih dalam isu yang sama iaitu pendemik Covid-19.
Karya ini berjaya disiapkan dengan mendapat bantuan dan sokongan daripada keluarga pihak sekolah, rakan-rakan dan pelajar sekolah ini.Diharap karya ini mampu menyentuh perasaan masyarakat tentang keadaan Malaysia yang mana masih perhadapan dengan situasi pendemik Covid-19. Dan berharap lanya mampu memberi gambaran baru terutamanya kepada pelajar seni sekolah ini berkenaan karya seni.
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3