Lokasi : Kawasan Pensisiran Pantai Jeti Lumut & Pantai Teluk Senangin
Tangsi Studio
(TAJUK : HULU MALANG PANGKAL CELAKA I & II)
PERNYATAAN KARYA
Tangsi merupakan kumpulan seni Kolektif yang bertapak di Seri Iskandar, Perak. Sebagai kumpulan seniman, kami ingin memberi respon terhadap isu pencemaran alam di Pantai Teluk Senangin, Lumut, Perak, sebagai satu kempen untuk menyedarkan masyarakat setempat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.
Karya ini merupakan luahan atau kekecewaan terhadap isu pencemaran alam di pantai Teluk Senangin, Lumut Perak. Umum mengetahui pantai tersebut adalah persekitaran yang cantik, tetapi tercemar akibat faktor pembangunan ekonomi pelancongan dan mengakibatkan aktiviti pembuangan sampah secara terbuka oleh sikap yang tidak bertanggungjawab daripada pengunjung. Sisa sisa plastik makanan, lampin pakai buang bayi, botol mineral plastik dan sebagainya telah menyumbang kepada kepupusan dan terancam terhadap penyu. Kesan daripada pencemaran alam amat serius menyebabkan kecacatan fizikal pada penyu dan juga kepupusan. Faktor daripada pencemaran alam ini juga menyebabkan kekurangan penyu untuk datang bertelur.
Teluk senangin juga dikenali dengan persekitaran yang cantik dengan pasir pantai yang halus, bersih yang jauh daripada pencemaran bunyi. Ini merupakah faktor utama bagi penyu untuk bertelur.
Karya ini dihasilkan dengan menggunakan bentuk penyu. Kami menggunakan material yang utama iaitu daripada sampah kitaran semula yang terdapat di pantai untuk meluahkan emosi kekecewaan terhadap kurangnya penjagaan alam sekitar sehingga memberi kesan kepada hidupan laut. Konsep “floating” terapung, digunakan untuk menghanyutkan arca ini di persisiran Pantai Teluk Senangin sebagai simbolik sampah yang dihanyutkan ke laut sehingga penyu tertipu dengan obor-obor sebenar dengan sampah sebagai sumber makanan utama mereka.
HULU MALANG PANGKAL CELAKA I
Hulu Malang Pangkal Celaka I menggunakan material sampah sarap seperti (plastik, serpihan plastik dan straw pakai buang). Arca ini akan diapungkan menggunakan papan sebagai simbolik kepada air kumbahan daripada sisa pembangunan ekonomi pelancongan seperti hotel, chalet, dan tandas. Olahan idea daripada arca terapung (floating sculpture) ini diambil daripada punca-punca kemusnahan dan kematian haiwan laut yang semakin terancam contohnya penyu. Ampai-ampai/obor-obor merupakan sumber utama makanan kepada habitat tersebut. Penggunaan papan dalam arca tersebut adalah sebagai simbolik terhadap air keruh/minyak dan sisa kumbahan yang sering dikeluarkan oleh perkilangan dll. Ia merupakan salah satu punca kemusnahan dan kekurangan populasi penyu mendarat di Segari, Manjung, Perak.
Arca tersebut diletakkan diatas permukaan air dengan menggunakan sampah sarap, kayu,papan hanyut yang diambil dan dikitar semula dari Jeti lumut , Perak. Arca ini akan dipamerkan di kawasan pensisiran pantai berdekatan jeti Lumut. Arca ini sebagai satu kempen untuk menyedarkan tentang penjagaan alam sekitar yang dapat memberikan impak besar dalam isu global.