PENGENALAN

Anugerah Bakat Muda Sezaman (BMS) / Young Contemporaries adalah pertandingan seni visual dwitahunan terbuka untuk para seniman muda Malaysia di bawah usia 35 tahun. BMS ini mula dianjurkan oleh Balai Seni Negara sejak tahun 1974 yang diilhamkan dari program New Contemporaries di London.

Sejak diperkenalkan, BMS telah melalui penambahbaikan secara berterusan sehingga berjaya diterapkan sebagai platform berprestij yang diperakui sebagai persada kelahiran bakat-bakat muda tersohor negara.

BMS21 kali ini mengundang para seniman visual negara yang menyertai pertandingan ini untuk mengetengahkan idea-idea dan realiti budaya kontemporari yang juga mewarisi pandangan alam Asia Tenggara, dalam pendekatan baharu.