Terletak di tingkat 1, dan mempunyai ruang pameran yang terbesar sekali di Balai Seni Visual Negara. Berukuran 1650 kaki persegi, galeri ini sangat sesuai untuk pameran berskala besar bagi pameran cat, printing, sclupture,photography dan installation. Terdapatnya lampu yang boleh dikawal dan menghasilkan satu suasana yang sangat kreatif. Di sini boleh didapati pameran-pameran dan juga sculpture daripada artis-artis terkenal.

Pameran yang sedang berlangsung 2012 :
Pameran Sulalatus Salatin
(10 Mei 2012 hingga 30 Jun 2012)

Pameran yang telah berlangsung 2011 :
KONSEPTUAL
(9 Oktober 2011 hingga 26 Mac 2012)

Kembara di Sarang Seni (2 Disember 2011)

Pameran yang telah berlangsung 2010 :
‘ABC = ANTARA BAHAN CAMPURAN’
(30 Mac 2010 hingga 16 Januari 2011)

Pameran yang telah berlangsung :
Susurmasa:Empayar Pelayaran (January – Disember 2008)
The Young Contemporary 2004 Malaysian Art Now

Different Strokes : Diversity through Art 2
Wavelines : Photographic Journey
Contemporary Art from China : Visual Expression through ink & paper

1000 Faces of Mahathir Mohamad
Philip Morris Malaysian-ASEAN Art Awards 2003

* klik imej untuk besarkan

imej_galeri1a1

imej_galeri1a2

imej_galer1A3

Pameran untuk tahun 2012 :

  • LATIFF MOHIDIN (26 Disember 2012 – 13 Jun 2013)
  • MEMBERS ONLY (11 September 2012 – 11 Disember 2012)
  • Pameran Fotografi : Waktu dan Ketika
  • (12 Jun 2012 – 02 September 2012)
  • Pameran Seni Seramik (27 Mac – 15 April 2012)
  • JAPAN Kingdom of Characters (20 Februari – 20 Mac 2012)

Pameran yang telah berlangsung 2010 :

  • Zulkifli Yusoff ‘Negaraku’ (26 Julai 2010 – 26 Sept 2010)
  • Malaysian Artfriends (26 Jun 2010 – 20 Julai 2010)

Pameran yang telah berlangsung 2009 :

  • Pameran Amal Palestin
  • Mosaics Of Malaysia (12 Jun – 31 Ogos)

Pameran yang telah berlangsung :

  • Pameran Koleksi Saya: Rahimie Harun
G2A-1 G2A-2

Pameran sedang berlangsung 2012 :

  • LATIFF MOHIDIN (26 Disember 2012 – 13 Jun 2013)

Pameran yang telah berlangsung tahun 2011 :

  • Md Sani Md Dom (21 Disember 2011 – 28 February 2012)
  • Pameran Seni Prof Li Chi Mao (26 September – 27 November 2011)
  • Menifestasi Merdeka (8 Ogos – 18 September 2011)
  • Berehat (May – 12 Jun 2011)

Pameran yang telah berlangsung tahun 2010 :

  • Zulkifli Yusoff ‘Negaraku’ (26 July 2010 – 26 Sept 2010)

Pameran yang telah berlangsung tahun 2009 :

  • Mosaics Of Malaysia (12 Jun – 31 Ogos)

Pameran yang telah berlangsung :

  • Pameran Koleksi Saya: Rahimie Harun (Okt – Dis 2008)

Footsteps
The Eyes of Wisdom

Breath : Scultpures of Raja Shahriman
First Print : Early Prints from the Permanent Collection
: Cuban Contemporary Arts Exhibition
Lat : Retrospective Exhibition
A D Pirous : Words of Faith
: Saksi
: Dancing Up Country
: The Art of Dorothy Napangardi

* klik imej untuk besarkan

Galeri 2C (Kanak Kanak)

Galeri kanak-kanak merupakan sebuah galeri yang mempamerkan hasil seni kanak-kanak.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

1.  Mencari Persamaan – Seni Foto Potret Terpilih

  • Himpunan seni foto sejumlah 539 keping ini merupakan koleksi Lembaga Pembagunan Seni Visual Negara yang dihadiahkan oleh Dato Loke Wan Tho pada tahun 1963 sewaktu beliau menjadi Ahli Lembaga Amanah Lembaga Pembagunan Seni Visual Negara yang pertama. Sejumlah enam keping dari seni foto potret ini telah terpilih dan dipamerkan dalam Ruang Interaktif di Galeri 2C.

2. Pameran Sokongan Kasihnya Ibu (Apr – Jun)

  • Pameran Kasihnya Ibu adalah pameran khasnya sempena hari Ibu 2011. Antara aktiviti-aktiviti interaktif ialah berkarya potret ibuku dan anakku. Sudut D.I.Y dan Saya ialah seorang penyair.

3. Pameran U-Wei Angkat Saksi akan diadakan di Galeri 2C
bermula pada 8 hingga 17 Julai 2011.

4. Pameran Solo sulaiman Esa di adakan di Galeri 2C
1 Oktober – Disember 2011.

5. Projek Main-main (sebuah program /projek interaktif berbentuk
instalasiarca lembut) 11 November 2011 – 11 Januari 2012.

* klik imej untuk besarkan

Pameran untuk tahun 2012 :
LATIFF MOHIDIN (26 Disember 2012 – 13 Jun 2013)
Pertarungan Amron Omar (15 Februari – 27 Ogos 2012)

Pameran yang telah berlangsung 2011 :
Wayang U-Wei Angkat Saksi ( 11 Julai – 5 September 2011)

Pameran yang telah berlangsung 2010 :
Pameran Alam Seni / The Art World of Cheng Haw Chien (28 Ogos 2010 – 17 Oktober 2010 )
Pameran ARTRIANGLE (7 Julai 2010  )

Pameran yang telah berlangsung 2009 :
Grafik Awal (28 March – 28 July)

Pameran yang telah berlangsung 2008:
Susurmasa (Januari – Oktober 2008)
MALAYSIAN PHOTOGRAPHY: History & Beyond
Common Ground Tradition and Form REVIVAL : Evoking the Batik Tradition Recent Acquisition 2002 – 2003 Pictorial Transformations

Water : The First Element
: Andean Cosmovision
ALAMI II : Puncak
: Dialogue With Nature

* klik imej untuk besarkan

Berukuran 208 kaki persegi, Galeri 3B sangat sesuai bagi pameran yang berskala kecil dan juga ruang eksperimen bagi artis-artis yang telah berjaya di pameran tempatan dan antarabangsa.

Pameran untuk tahun 2012 :
LATIFF MOHIDIN (26 Disember 2012 – 13 Jun 2013)
Pertarungan Amron Omar (15 Februari – 27 Ogos 2012)

Pameran yang telah berlangsung 2011 : :
Wayang U-Wei Angkat Saksi ( 11 Julai – 5 September 2011)

Pameran yang telah berlangsung 2010 :
Pameran ARTRIANGLE (7 Julai 2010)

Pameran yang telah berlangsung 2009 :
Grafik Awal (28 Mac – 28 Julai)

Pameran yang telah berlangsung 2008:
Susurmasa (Januari – Disember 2008)
Art Collaboration : Suara Jiwa
Recent Acquisition 2002 – 2003
Andean Cosmovision
ALAMI II  : Puncak

galeri 3B galeri 3B galeri 3B

* klik imej untuk besarkan

Terletak di tingkat 1, menyediakan pameran berbentuk fotografi, kraf, tekstil, fesyen, prototype, model, poster, senibina dan juga instrument. Galeri ini mempunyai dinding berukuran 36.52 meter, ceiling yang berketinggian 3.60 meter ke 4.20 meter, dan panel 2 sisi yang boleh diubah berukuran 2.44 meter x 1.22 meter. Galeri REKA ini juga dilengkapi dengan penghadang Ultra Violet.

Pameran untuk tahun 2012:
Pameran Kartun (26 Mei – 23 September 2012)
Saksi & Bukti (8 Februari – 7 Mei 2012)

Pameran yang diadakan pada tahun 2011:
Batik (5 Disember 2011 – 31 Januari 2012)
Cahaya (26 Oktober – 20 November 2011)
Yayadan:Syukur Selalu (15 Ogos – 15 September 2011)
TABIK Tribute to Late Artist (26 April – 19 Jun 2011)
Wilayah Pemberontakan #2 (18 Mac – 18 April 2011)
Back Then These Days (10 Januari – 13 Mac 2011)

Pameran yang diadakan pada tahun 2010:
Pameran KepadaMu Kekasih (10 Ogos 2010 – 20 September 2010 )
Seven Samurai: Malaysia Japan Video Art X Change 2010 Exhibition (20 Julai – 06 Ogos 2010 )
Abundant Australia Highlights from the 11th Venice Architecture Biennale (19 April – 16 Mei 2010)

Pameran yang diadakan pada tahun 2009 :
KL Design Week (27 Mac – 4 April )
Pameran MRCB (26 Januari – 31 Mac)

Antara pameran yang telah dipamerkan sepanjang tahun 2008 adalah:
Pameran Batik Malaysia (Disember 2007 – Januari 2008)
Pameran SUSURMASA : Pra Sejarah (Januari – Oktober 2008)
Pameran NORWEGIAN CONTEMPORARY GLASS (Oktober – Disember 2008)

Pameran NORWEGIAN CONTEMPORARY GLASS 1 Pameran NORWEGIAN CONTEMPORARY GLASS 2 Pameran NORWEGIAN CONTEMPORARY GLASS 3

* klik imej untuk besarkan

Lobi utama terletak di bahagian tingkat 1. Manakala, auditorium dan pusat sumber pula terletak di sebelah kiri. Pusat sumber menyediakan maklumat berkaitan seni untuk pelajar dan juga orang ramai. Di Pusat Sumber juga terdapatnya kemudahan internet. Galeri 1 terletak di sebelah kanan. Galeri 1 sesuai untuk pameran berskala besar. Terdapatnya kemudahan lif dan tangga berlingkar untuk ke tingkat 2 dan 3.

lobby

Klik di [sini] untuk kadar sewaan

Makmal Konservasi

Konservasi atau sebelum ini dikenali sebagai pemuliharaan mempunyai dua kaedah pelaksanaan, iaitu konservasi preventif dan konservasi kuratif. Bagi menjamin kesalamatan dan kualiti sesuatu koleksi, kaedah yang pertama ini hendaklah sentiasa diberi penekanan. Ini disebabkan ia tidak memerlukan kepakaran khas dan kos yang sangat tinggi, memadai dengan rasa tanggungjawab dan perhatian yang serius.
Manakala kaedah yang kedua memerlukan tindakan kepakaran yang khusus dan mungkin mengakibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan bahan-bahan tertentu yang tidak boleh didapati didalam negara.

Konservasi Preventif

Merupakan tindakan pemeliharaan dengan memastikan keadaan keselamatan, persekitaran dan koleksi berada dalam keadaan baik dan terkawal. Kawalan Suasana atau environmental monitoring adalah amat perlu dengan memastikan suhu, pengcahayaan, tahap kelembapan bandingan, kawalan radiasi dan pencemaran sentiasa di pantau dan di kawal. Selain itu persekitaran yang baik juga dapat menghindarkan koleksi dari masalah kerosakan yang diakibatkan oleh factor kimia, fizikal dan ajen-ajen makhluk perosak.

Konservasi Kuratif

Restorasi dan awetan termasuk dalam kaedah ini. Aktiviti kaedah ini ialah mencuci permukaan dengan cara kering dan larutan, membuat rawatan, relining, in painting, infilling, konsolidasi dan lain-lain lagi. Kerja-kerja ini dijalankan didalam makmal konservasi oleh pegawai dan kakitangan konservasi yang terlatih dengan bantuan kelengkapan dan peralatan khas yang dikhususkan untuk tiap-tiap jenis bahan dan objek seni. Kertas Konservasi Karya Foto dari ‘Man And His World’ 1972-73, Sulaiman Haji Esa, DR

Selain dari mempamer dan mengumpul koleksi, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) juga menyediakan kemudahan Pusat Sumber Rujukan Seni. Di sini terdapat lebih dari 4500 buah buku mengenai seni terbitan tempatan dan luar negara. Lebih kurang 500 biodata artis (artists) tempatan yang berdaftar, Juga terdapat koleksi kertas penyelidikan, rujukan akbar digital dan juga tempat untuk berdiskusi. Selain daripada itu, 5 stesyen capaian internet juga disediakan dengan kadar bayaran yang minimum.

Pusat Sumber LPSVN menyediakan kemudahan rujukan bahan dalam bidang seni tampak dan luar negara bagi para penyelidik dan pengikut seni tampak. Koleksi Pusat Sumber ini terdiri daripada bahan terbitan yang diterbit pada awal tahun 1960-an hingga yang terkini. Selain daripada itu, biografi pelukis terkenal tempatan dan keratan akhbar berkenaan bidang seni tampak negara juga merupakan antara koleksi berharga yang tersimpan di Pusat Sumber LPSVN.

Pusat Sumber juga dilengkapi dengan kemudahan mengakses Internet untuk kemudahan pencarian bahan kepada para penggunanya. Selain daripada itu, Pusat Sumber juga menyediakan kemudahan pencarian bahan secara web based kepada pengguna. Kini para pengguna boleh membuat pencarian bahan dan maklumat hanya melalui akses Internet di mana sahaja mereka berada.

Para pengunjung LPSVN adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke Pusat Sumber untuk memahami dengan lebih jelas lagi aliran seni tampak. Pihak Pusat Sumber bersedia membantu anda untuk mengetahui perkembangan seni tampak dalam dan luar negara.

Untuk melayari ke portal penuh Pusat Sumber Lembaga Pembangunan Seni Visal Negara klik di sini