PESERTA
NAMA:
Ahmad Arfuddin bin Basir & Mohd Ekram Al Hafis bin Hashim
LOKASI:
Perak
BIODATA PESERTA:

Tajuk karya: After mystical reality Dimensi: Mixed Reality (Augmented Reality – AR) Lokasi: Sarang Art Hub Tanjong Malim. Premis karya “We had abandoned illusionistic devices all together by and had become involved with actual space, actual time and actual light” Redza Piyadasa & Sulaiman Esa, 1974. Fenomena Mystical Reality 1974, mengutarakan dua persoalan utama iaitu; the relevance of formal aesthetic influences in the work and the humanistic notion of the artists as a unique individual and his ego centric involvement in actual creation of a work. Mystical reality menimbulkan bermacam polemic sehinggakan berlaku satu peristiwa simbolik ketika perasmian apabila seorang penyair telah menyatakan hasrat untuk membuang sisa urinalnya kedalam pasu bunga yang juga merupakan karya dalam pameran tersebut (Rujuk http://faizalsidik.blogspot.com/2014/03/sudut-penulis-dan-ke-arah-realiti mistik.html). Mystical reality juga telah mewujudkan perdebatan dikalangan insan kreatif bukan hanya kepada seniman malah melibatkan tokoh sastera, penulis, penyair dan penggiat teater sehinggakan keluarnya artikel-artikel ilmiah dan soal jawab secara fakta, idealogi dan falsafah antara seniman terlibat dengan tokoh-tokoh pemikir dalam aliran seni moden. Ironinya, pengkarya tidak melihat mystical reality sebagai isu polemic dan perdebatan semata-mata ianya lebih kepada transformasi kepada idealogi seni moden kepada idealogi seni pasca-moden.
Penegasan terhadap alternative aesthetic yang di canangkan oleh mystical reality Berjaya merubah perspektif karya pada karyawan tanah air. Alternative aesthetic menyaksikan refleksi emotion-centred kepada cerebral- centered yang anti-formalistic dan lebih kepada artistic experiment. Nada mystical reality seakan-akan sejajar dengan elemen pasca-moden seperti skeptism, subjectivism dan relativism dalam mengutarakan perbezaan gaya dan media. Mungkin kata-kata Warhoal 1968, “anyone can be famous for 15 minutes* boleh dijadikan satira bagi mendefinasikan pasca moden yang sentiasa menolak estetika moden dengan kerangka media baru seperti seni konsep, instalasi dan dekonstraksi computer. Paling hebat apabila pasca-modern menolak filosufi moden “art is something special” kepada “anything goes with artistic experiment”. Karya cadangan “After Mystical Reality” cuba berdialog dengan gagasan idea apakah zaman selepas pasca-moden? Pasca-moden telah lama berlalu, moden memberi kita media, pasca-moden pula gah dengan multimedia dalam kerangka new media namun kini perubahan media telah pergi kepada inter-media, ubiquitous media dan poly-sensory media. Pengkarya cuba membawa konsep meta-modernism bagi menjawab persoalan apakah zaman selepas pasca-moden?.
occurs when one thing such image, text or footage is super-imposed with another thing which is be deemed entirely separate and create another meaning. Karya cadangan “After Mystical Reality” cuba menegaskan tentang pengalaman estetik (Aesthetic Experience- AX) bukan lagi mencari alternative aesthetic seperti mana dalam mystical reality 1974, kerana dalam gagasan meta-moden peminat seni dijemput untuk merasai Pengalaman estetik melalui emosi, persepsi dan kognitif yang bakal dibina oleh karya seni, pelukis dan peminat seni (pengamat seni).
Interaksi antara karya dan pengamat seni memberi makna yang akan dikonstruk Bersama. Karya cadangan “After Mystical Reality” menggunakan teknologi augmented reality (Mixed reality) dengan gabungan beberapa disiplin seni iaitu; animasi, video, augmented reality, mobile application dan catan dinding (street art) atau murai. Lokasi yang dicadangkan ialah di sarang Art Hub Tanjong Malim pemiliknya ialah Mamat Khalid dimana karya ini akan cuba berinteraksi dengan karya-karya di dalam premis tersebut menggunakan teknologi mixed reality. Audien akan berinteraksi dengan karya tersebut dengan mengimbas seni mural yang terdapat di premis tersebut untuk menimbulkan video, animasi yang akan juxtapose Bersama karya mural itu. Pemilihan lokasi berinteraksi dengan konteks karya kerana karya mamat Khalid cukup sinonim dengan sinema humor, satira, komikal dan nasional. lanya juga sentiasa menghidangkan idea-idea yang segar dan dekat dengan masyarakat. Karya mural di premis beliau di susun mengikut zaman sinema, idealogi dan falsafah seiring dengan idea untuk karya cadangan “After Mystical Reality” Secara teknikalnya, karya ini melibatkan peralatan mobile audien dan aplikasi yang akan diberikan atau boleh di muat naik dengan aplikasi playstore untuk menikmati karya. Disini lah berlakunya konsep meta-moden antara karya, audien dan pengkarya.