Objektif
OBJEKTIF UNIT INTEGRITI
Untuk menyatupadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih fokus dan terancang agar elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.
Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga LPSVN supaya mewujudkan sikap bekerjasama, bersatu-padu, berintegriti, bermoral dan beretika,
FUNGSI UNIT INTEGRITI
Unit Integriti berfungsi sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Unit ini adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :
- Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; - Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; - Pengesanan dan Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; - Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi - Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan - Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Tatatertib/Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
Akta 605
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2013
Polisi tidak menerima hadiah
Prosedur Penggunaan Logo Balai Seni Negara dan Motac