Kenyataan Sebutharga Printer

Majlis Perasmian Pameran ARFA! 2018

Pameran ARFA! 2018

Pameran Dennis Lau’s

Kenyataan Sebutharga Server Virtualization

Program YAE!

MAKLUMAT PROGRAM YOUNG ART ENTREPRENEURS (YAE!)

YAE! diperkenalkan bagi menyediakan pakej untuk pelukis muda memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan seni yang berdaya maju dan berdaya saing.

Dengan mempelajari sisi perniagaan dalam bidang seni, peserta dapat mengorak langkah membina kerjaya yang diinginkan berdasarkan minat, kebolehan dan bakat yang dimiliki peserta.

Program ini juga membolehkan graduan membina empayar perniagaan sendiri dalam suasana yang terancang dengan bantuan secara hands-on.

Objektif utama YAE! adalah untuk:

  1. Melatih pelukis muda dengan kemahiran keusahawanan.
  2. Memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands on dan berterusan kepada peserta.
  3. Menggalakkan penjanaan pendapatan melalui hasil aktiviti seni.
  4. Meningkatkan kreativiti peserta dalam membina karya yang menarik dan relevan.

YAE! menggabungkan dua komponen kursus iaitu modul keusahawanan dan modul residensi studio pelukis.

Peserta berpeluang meneroka dan mempelajari idea-idea baru dalam membina model perniagaan yang kompetitif dengan dibantu oleh jurulatih dan mentor berpengalaman bagi memantapkan kemahiran peserta dalam berkarya dan berniaga.

Peserta akan ditempatkan di ruang studio Kontena, Balai Seni Negara, selama 4 bulan bagi memastikan bakal usahawan dapat membina karya dan produk berasaskan seni, di samping mendapat tunjuk ajar dan bimbingan yang mencukupi.

SYARAT PENYERTAAN

Pemohon hendaklah arganegara Malaysia berumur diantara 18-35 tahun

Tidak terikat dengan mana-mana kontrak (pekerjaan/biasiswa).

Telah menghasilkan minima 5 karya dalam tempoh 2 tahun.

Tidak pernah terlibat dalam mana-mana program keusahawanan anjuran kerajaan.

Bersedia untuk mengikuti program ini secara sepenuh masa.

KEPERLUAN PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki menghantar Borang Penyertaan yang sudah lengkap diisi bersama Portfolio dan CV lengkap yang mengandungi latar belakang pendidikan, pengalaman (jika ada), pameran yang pernah disertai serta aktiviti seni lain yang terlibat.

Setiap permohonan dikehendaki menyertakan gambar karya yang telah dihasilkan sebagai rujukan. Gambar karya yang dihantar hendaklah berbentuk ‘Hi-Res’ (300dpi) dalam format PDf atau JPEG, lengkap bersama maklumat karya tersebut.

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 November 2018 ke alamat berikut:

Sekretariat YAE!,
Balai Seni Negara,
No 2, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur

atau emel ke artgovernance@artgallery.gov.my

Tarikh-tarikh penting

Permohonan dibuka: 1 Oktober 2018 – 30 November 2018

Sesi temuduga: Disember 2018

Kemasukan ke studio Kontena: Februari 2019

Tempoh program: Februari 2019 – Mei 2019

Isi borang secara atas talian di:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfDAvCfk7MsFTSE8fT3QWqdqVFMdzQQ0fmB1QsdKdAt98I6xA/viewform

Borang permohonan manual, klik disini.

Pameran Seni Video Art

Siaran Media Swedish Fashion & Design Stories