STATISTIK PAMERAN
Tempoh pameran | 20 Disember 1999 hingga 3 Mac 2000 |
Tema pameran | 25 tahun ‘Imbasan Bakat Muda Sezaman 1974 – 1997’ |
Jumlah penyertaan awal | 84 pengkarya |
Jumlah karya penyertaan | 84 buah karya |
Jumlah peserta terpilih | 27 pengkarya |
Jumlah karya terpilih | 27 buah karya |
Jumlah pengunjung | Tidak dinyatakan |
STATISTIK KAUM (PERINGKAT AKHIR)
Melayu | 15 |
Cina | 12 |
India | 0 |
Lain-lain | 0 |
Jumlah | 27 |
SENARAI PANEL HAKIM
Hakim (Ketua Juri) | Joseph Tan Chan Jin |
Hakim | Shahnaz Mohd Saad |
Hakim | Brenda V Fajardo |
Hakim | Beverly Yong |
Hakim | Ramlan Abdullah |
MEDIUM KARYA
MEDIUM KARYA | JUMLAH KARYA | LELAKI | PEREMPUAN |
---|---|---|---|
Media campuran | 19 | 14 | 5 |
Cat minyak | 2 | 1 | 1 |
Instalas | 2 | 2 | |
Styrofoam | 1 | 1 | |
Seramik | 1 | 1 | |
Akrilik | 1 | 1 | |
Sugarlane | 1 | 1 | |
Jumlah | 27 | 20 | 7 |
ANUGERAH
PEMENANG UTAMA – ANUGERAH PERDANA
Bibi Chew Chon Bee
- Fragile – Handle With Care…
- Media campuran
- 275 cm x 123.5 x 191 cm
PEMENANG ANUGERAH JURI
Mohd. Saharuddin Supar
- Thirteen Over Infinity 13/00 : Sg. Gombak
- Media campuran
- 300 cm x 194 cm x 244 cm
Voon Poh Yin
- Imagination Of Boxes I, II, III
- Media campuran
- 92 cm x 92 cm (3 Panel)
Aznan b. Omar
- New Born
- Media campuran
- 152 cm x 95 cm x 190 cm
PEMENANG HADIAH PENGHARGAAN
Wong Woan Lee
- Someone Forgotten (My Reflection in the Mirror)
- Cat minyak atas kanvas
- 135 cm x 198 cm
Muhd. Faizal b. Sidik
- Voice Without a Sound : King Rawana as the Desperado
- Media campuran
- 300 cm x 170 cm x 300 cm
Roslisham b. Ismail
- The story Behind the Social III
- Media campuran
- 300 cm x 300 cm x 300 cm
Yap Sau Bin
- Youthful Contention Not [ ] to Detach from Parental Eclipse
- Instalasi
- 300 cm x 300 cm x 245 cm
Ooi Kooi Hin
- A Perfect Tomorrow
- Stirofoam
- 240 cm x 300 cm x 300 cm
Fadzil Idris
- Pintu
- Media campuran
- 260 cm x 227 cm x 99 cm
PENAJA
Tiada
SYARAT-SYARAT DAN FORMAT PERTANDINGAN
- Format tahunan pertandingan ditukar kepada 2 tahun sekali.
- Penyertaan terbuka bagi semua penggiat seni.
- Peserta diminta untuk menghantar 5 slaid karya yang dihasilkan dalam 2 tahun sebelum dan butiran peserta bersama softcopy.
- Hanya yang layak akan dijemput menghantar karya untuk pertandingan.
- Pihak Juri akan memilih karya untuk Peringkat Akhir Pertandingan.
- Hanya karya terpilih akan dipamerkan.
HAD USIA DAN KATEGORI
Had Usia
35 tahun ke bawah
Kategori
Bebas / terbuka
LOKASI PAMERAN
Balai Seni Lukis Negara,
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara,
No. 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
RUMUSAN BAKAT MUDA SEZAMAN – TAHUN 2000 – EDISI 21
Pameran Bakat Muda Sezaman tahun 2000 memperlihatkan perubahan yang kontrak dengan tahun-tahun sebelumnya. Balai Seni Visual Negara telah memperkenalkan format baru pertandingan yang berasaskan kajian semula selepas dua puluh lima tahun pameran ini diadakan. Pameran juga membawa tema ’25 tahun Imbasan Bakat Muda Sezaman 1974-1997′. Panel hakim bagi pameran kali ini terdiri daripada Joseph Tan Chan Jin, Shahnaz Mohd Saad, Brenda V Fajardo, Beverly Yong, Ramlan Abdullah dan Zanita Anuar. Sebanyak 27 buah karya dari 27 orang peserta telah terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan. Panel juri memberi penghargaan kepada Bibi Chew Chon Bee sebagai Pemenang Anugerah Perdana. Karya ‘Fragile – Handle With Care’ memfokuskan kepada penggunaan bahan dan gubahan. Beliau menggunakan perumpamaan kepelbagaian identiti Malaysia melalui kepelbagai jenis tanah dan daerah di Negara ini. Karya yang berbentuk instalasi ini menggunakan interaktif dimana pengunjung boleh memegang botol dan memijak kawasan yang mempunyai tanah. Beliau berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM10,000.00 bersama waran perjalanan menjalankan penyelidikan bernilai RM3,000.00. Buat kali pertama pemenang Anugerah Perdana berkesempatan menerima penghargaan berbentuk penerbitan Folio Khas Pelukis bernilai RM2,000.00. Menerusi format baru yang telah ditetapkan, Pameran ini akan diadakan dua tahun sekali.