STATISTIK PAMERAN
Tempoh pameran | 5 September 2004 hingga 28 November 2004 |
Tema pameran | Bebas |
Jumlah penyertaan awal | 93 pengkarya |
Jumlah karya penyertaan | 93 buah karya |
Jumlah peserta terpilih | 35 pengkarya |
Jumlah karya terpilih | 35 buah karya |
Jumlah pengunjung | Tidak dinyatakan |
STATISTIK KAUM (PERINGKAT AKHIR)
Melayu | 25 |
Cina | 10 |
India | 0 |
Lain-lain | 0 |
Jumlah | 35 |
SENARAI PANEL HAKIM
Hakim (Ketua Juri) | Hasnul Jamal Saidon |
Hakim | Dr. Setiawan Sabana |
Hakim | Juhari Said |
Hakim | Zulkifli Yusoff |
Hakim | Ooi Kok Chuen |
MEDIUM KARYA
MEDIUM KARYA | JUMLAH KARYA | LELAKI | PEREMPUAN |
---|---|---|---|
Simen & media campuran | 1 | 1 | |
Media campuran | 13 | 16 | 2 |
Cat minyak atas kanvas | 3 | 3 | |
Video (Instalasi) | 5 | 5 | |
Print dakwat | 4 | 3 | 1 |
Print Irish & Konte atas kertas | 1 | 1 | |
Teks & karpet merah | 1 | 1 | |
Laman web | 1 | 1 | |
Study dan Instalasi video | 1 | 1 | |
Jumlah | 35 | 32 | 3 |
ANUGERAH
PEMENANG UTAMA
Hazrul Mazran Rosli
- Takkan Melayu Hilang di Dunia
- Simen & media campuran
- 244 cm x 244 cm x 145 cm
PEMENANG KATEGORI 2D
Choy Chun Wei
- Constructed Landscape Series, (Murmur of the idyllic)
- Media campuran
- 183 cm x 183 cm
Sabri Idrus
- Bangau Oh Bangau
- Kaca, cermin, keluli tahan karat, silikon, cat & gris
- 200 cm x 200 cm
Chan Kok Hooi
- Raksasa!
- Cat minyak atas kanvas
- 195 cm x 190 cm
PEMENANG KATEGORI 3D
Aznan Omar
- Pangking
- Kayu, simen, plat logam, arang & akrilik
- 300 cm x 300 cm x 300 cm
Sharmiza Abu Hassan
- Table of Content
- Logam, jaring dawai, kanta pembesar, beras, garam, gula, siraman air benih & pil
- 245.2 cm x 87.2 cm x 91.6 cm
Khairul Azmir Shoib
- Bagaikan Pungguk Rindukan Bulan
- Media campuran
- 300 cm x 300 cm x 300 cm
PEMENANG KETEGORI MULTIMEDIA
Rini Fauzan Mohd Zuhari
- Fortune Tella
- Instalasi video
- 64.7 cm x 121.7 cm x 208 cm
Mohd Kamal Sabran
- Sound of Painting
- Instalasi video
Tengku Azahari Tengku Azizan
- Noiscape
- Video Installation
- 300 cm x 300 cm x 300 cm
PENAJA
Tiada
SYARAT-SYARAT DAN FORMAT PERTANDINGAN
- Format Tahunan pertandingan ditukar kepada 2 tahun sekali.
- Penyertaan terbuka bagi semua penggiat Seni.
- Peserta diminta untuk menyertakan slaid-slaid karya yang dihasilkan sebelum ini.
- Penghantaran karya melalui slaid-slaid dan fotografi dan butiran peserta bersama cadangan karya dalam bentuk cetakan dan softcopy untuk dipilih oleh pihak juri.
- Hanya yang layak akan dijemput menghantar karya untuk pertandingan.
- Pihak Juri akan memilih karya untuk Peringkat Akhir Pertandingan.
- Hanya karya terpilih akan dipamerkan.
HAD USIA DAN KATEGORI
Had Usia
35 tahun ke bawah
Kategori
- 2D – Lukisan / cetakan
- 3D – Arca / 3 Dimensi
- Multimedia
LOKASI PAMERAN
Balai Seni Lukis Negara,
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara,
No. 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
RUMUSAN BAKAT MUDA SEZAMAN – TAHUN 2004 – EDISI 23
Pameran Bakat Muda diteruskan lagi pada tahun 2004. Bakat Muda Sezaman 2004 memperlihatkan kombinasi yang selesa antara penggiat seni dengan perubahan format tersebut. Pameran kali ini memperlihatkan penggiat seni semakin ghairah mencongak idea masing-masing. Bakat Muda Sezaman kali ini mempertaruhkan sebanyak 35 buah karya daripada 35 orang karyawan seni tempatan. Balai Seni Visual Negara menjemput lima orang juri bagi proses menilai setiap karya yang dipertandingkan. Mereka terdiri daripada Hasnul Jamal Saidon yang bertindak sebagai ketua juri, Dr Setiawan Sabana, Juhari Said, Zulkifli Yusuf dan Ooi Kok Chuen. Karya yang menggunakan Simen dan media campuran sebagai medium utama penghasilan telah menarik minat para juri. Pemenang hadiah utama telah diberikan kepada Hazrul Mazran Rusli dengan karyanya yang bertajuk M.O.U: Takkan Melayu Hilang di Dunia. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00. Buat julung kalinya pemenang dibahagikan kepada beberapa katogori antaranya adalah hadiah katogori 2D, 3D dan M2. Pemenang bagi katogori 20 diberikan kepada Choy Chun Wei, Sabri Idrus dan Chan Kok Hooi. Mereka menerima wang tunai sebanyak RM5,000.00. Bagi katogori 3D pula diberikan kepada Aznan Omar, Sharmiza Abu Hassan dan Khairul Azmir Shoib manakala pemenang bagi katogori Multimedia pula diperoleh oleh Rini Fauzan b. Mohd, Mohd Kamal Sabran dan Tengku Azahari Tengku Azizan. Maing-masing menerima wang tunai bernilai RM5,000.00 sebagai ganjaran.