STATISTIK PAMERAN
Tempoh pameran | 26 November 2002 hingga 16 Februari 2003 |
Tema pameran | Bebas |
Jumlah penyertaan awal | 168 pengkarya |
Jumlah karya penyertaan | 168 buah karya |
Jumlah peserta terpilih | 26 pengkarya |
Jumlah karya terpilih | 26 buah karya |
Jumlah pengunjung | Tidak dinyatakan |
STATISTIK KAUM (PERINGKAT AKHIR)
Melayu | 12 |
Cina | 14 |
India | 0 |
Lain-lain | 0 |
Jumlah | 26 |
SENARAI PANEL HAKIM
Hakim | Prof. Dr. Abdul Shukor Hashi |
Hakim | Choong Kam Kow |
Hakim | Setiawan Sabana |
Hakim | Hasnul Jamal Saidon |
MEDIUM KARYA
MEDIUM KARYA | JUMLAH KARYA | LELAKI | PEREMPUAN |
---|---|---|---|
Media campuran | 19 | 13 | 6 |
Besi | 1 | 1 | |
Kayu | 1 | 1 | |
Tanah liat | 1 | 1 | |
Pensel | 1 | 1 | |
Cat minyak | 1 | 1 | |
Plaka | 1 | 1 | |
Dakwat | 1 | 1 | |
Jumlah | 26 | 8 | 8 |
ANUGERAH
PEMENANG UTAMA – ANUGERAH PERDANA
Noor Azizan Rahman Paiman & Suhaila Hashim
- On Air
- Media campuran
- 300 cm x 300 cm x 300 cm
PEMENANG ANUGERAH JURI
Yap Sau Bin
- …who gave birth to the Great White One…
- Media campuran
- 300 cm x 300 cm x 150 cm – 250 cm
Nor Hanim Mohamed Khairuddin
- Laga – Laga
- Media campuran
- Pelbagai dimensi
Abdul Multhalib Musa
- By Default
- Plat keluli lembut potongan laser
- 195 cm x 85 cm
PEMENANG HADIAH PENGHARGAAN
Lau Mun Leng
- Limit II
- Media campuran
- 300 cm x 300 cm x 300 cm
Mokhzaini Hairim Mokhtar
- Manifestasi Perpaduan
- Kayu
- 292 cm x 40 cm x 58 cm
Chong Siew Ying
- Kampung Baru
- Media campuran
- Pelbagai dimensi
Mohd. Fauzulyusri b. Mohd. Yusof
- Secret Agenda
- Media campuran
- Pelbagai dimensi
Azliza Binti Ayob
- Return to Innocence
- Media campuran
- 244 cm x 244 cm x 244 cm
Safrizal Shahir
- “Semua Detik Menjadi Sedetik Dimatamu” : Orientalism, Colonialism & Imperialism; Simulation of Continental Drift (Discourse, Power & Knowledge Condition)
- Media campuran
- Pelbagai dimensi
PENAJA
Tiada
SYARAT-SYARAT DAN FORMAT PERTANDINGAN
- Format Tahunan pertandingan ditukar kepada 2 tahun sekali.
- Penyertaan terbuka bagi semua penggiat Seni.
- Peserta diminta untuk menghantar 5 slaid karya yang dihasilkan dalam 2 tahun sebelum dan butiran peserta bersama softcopy.
- Penghantaran karya melalui slaid-slaid dan fotografi dan butiran peserta bersama cadangan karya dalam bentuk cetakan dan softcopy untuk dipilih oleh pihak juri.
- Hanya yang layak akan dijemput menghantar karya untuk pertandingan.
- Interaksi terbuka mula diadakan semasa sesi penjurian.
- Pihak Juri akan memilih karya untuk Peringkat Akhir Pertandingan.
- Hanya karya terpilih akan dipamerkan.
HAD USIA DAN KATEGORI
Had Usia
35 tahun ke bawah
Kategori
Bebas / terbuka
LOKASI PAMERAN
Balai Seni Lukis Negara,
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara,
No. 2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur.
RUMUSAN BAKAT MUDA SEZAMAN – TAHUN 2002 – EDISI 22
Perubahan format pertandingan yang dilakukan pada tahun 2000 telah menunjukkan perkembangan yang positif apabila peratusan penyertaan telah meningkat sebanyak 50% bagi tahun 2002 berbanding tahun 2000. Pameran Bakat Muda Sezaman 2002 tidak mempunyai tema khusus yang ditetapkan. Pengkarya bebas mempamerkan idea masing-masing dalam menghasilkan karya. Sebanyak 26 orang peserta bersama 26 buah karya dipertandingkan di peringkat akhir. Panel hakim terdiri daripada Prof Dr. Abdul Shukor Hashim, En Choong Kam Kaw, En Setiawan Sabana, En Hasnul Jamal Saidon. Panel hakim telah bersepakat memberikan hadiah kemenangan utama kepada karya ‘On Air oleh Noor Azizan Rahman Paiman dan Suhaila Hashim. Koloberasi dua artis ini telah meminjam suasana dan interior konti stesen radio. Pemenang utama memperoleh ganjaran sebanyak RM10,000.00 bersama waran perjalanan ke Negara ASEAN untuk menjalankan penyelidikan. Selain itu keistimewaan juga diberikan kepada pemenang iaitu penerbitan Folio khas bernilai RM52,000.00.
Pemenang anugerah juri pula diberikan kepada tiga orang peserta iaitu Yap Sau Bin, Nur Hanim Mohamed dan Abdul Multhalib Musa. Peserta menerima hadiah bernilal RM5,000.00 setiap seorang bersama waran perjalanan ke Negara ASEAN bernilai RM3,000.00