Sumber media : Dewan Budaya
Tarikh : 10 Jun 2023
Balai Seni Negara akan menganjurkan Pertandingan Bakat Muda Sezaman 2023 (BMS23) yang terbuka untuk para seniman muda Malaysia di bawah usia 35 tahun.
Pertandingan seni visual dwi tahunan BMS menjadi acara berprestij bagi pengkarya seni kontemporari untuk mengetengahkan idea dan kreativiti sezaman sejak diperkenalkan pada tahun 1974.