Sumber media : Berita Harian Online
Tarikh : 24 November 2025
KUALA LUMPUR: Usia yang menjangkau 51 tahun, menjadikan pertandingan Bakat Muda Sezaman (BMS) anjuran Balai Seni Negara sebuah jenama besar yang melahirkan ramai pelukis hebat.
Diinspirasikan daripada The Young Contemporaries Exhibition di London, sekitar 1960-an, ia dilihat sebagai ruang terbaik untuk graduan institusi seni berkarya dan menunjukkan bakat.
Justeru dengan sejarah panjang dan prestijnya, edisi BMS ke-29 menjanjikan pendekatan segar apabila penganjuran kali ini tidak sekadar pentas seni, tetapi turut membina jaringan kolaborasi antara seniman muda dan komuniti tempatan Langkawi.


