Kiriman

International Innovative & Creative Evolution Competition 2018

International Innovative & Creative Evolution Competition 2018 | 4th – 9th Sept 2018
Politeknik Ibrahim Sultan Malaysia.

Visit offocial website : https://icreatevo2018.wixsite.com/createvo
For online Registration visit :https://icreatevo2018.wixsite.com/createvo/registration-form
(28th Feb 2018 – 30th April 2018 online Registration)

For Any further information: Contact us at |072612813 | icreatevo2018@gmail.com

Majlis Pelancaran Novel I Love You Stupid!

Grey Zone merupakan salah satu inisiatif Balai Seni Negara untuk menggalakan aktiviti kebudayaan, keilmuan serta kesenian untuk para pengunjung yang hadir ke Balai Seni Negara. Sehubungan dengan itu, satu Pelancaran Novel oleh penulis Melur Jelita yang mengangkat kisah seorang pelukis wanita akan diadakan di Grey Zone pada 31 Mac 2018 jam 11.00 pagi.

Siaran Media Pameran 3 Belas

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara dengan sukacitanya menganjurkan Pameran 3BELAS dari 16 Disember 2017 hingga 16 Januari 2018  bertempat di Creative Space 1, Balai Seni Negara. Pameran ini menggambarkan betapa pentingnya rasa disayangi serta diberi perhatian dan tumpuan dalam menghadapi perkembangan dunia yang sangat pantas, secara sedar atau tidak telah menghakis dan menghilangkan satu ‘rasa’ yang menjadikan seseorang manusia itu mulia dan beradab. Inilah yang dikongsikan bersama oleh tiga pelukis muda yang dipilih dalam pameran yang membawa tema 3BELAS. Walaupun begitu, tema 3BELAS ini mempunyai sisinya yang tersendiri daripada pameran mega KL Biennale 2017 kerana setiap dari mereka mempunyai cerita belas yang mampu membuatkan karya mereka untuk dijiwai.

Tiga orang pelukis muda yang dipilih itu adalah Shaliza Juanna, Elaine Wong dan Shin Pui San. Mereka digandingkan bersama untuk kali pertama bagi menunjukkan keunikan karya seni mereka. Keunikan setiap karya mereka sedikit sebanyak telah menyentuh aspek BELAS manusia tanpa disedari. Pameran 3BELAS bakal menghimpunkan hampir 40 buah karya termasuk karya bersiri. Karya-karya yang akan dipamerkan terdiri daripada pelbagai lukisan, karya-karya instalasi, serta video dokumentasi.

Soft launch bagi pameran ini diadakan pada 22 Disember 2017 pada jam 3 petang bertempat di Galeri Creative Space 1, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Majlis perasmian pameran ini akan disempurnakan oleh YBrs. Puan Khaidirah Datuk Seri Abu Zahar, Exco Puteri Umno Malaysia. Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari 16 Disember 2017 sehingga 16 Januari 2018. Masuk adalah percuma.

Permohonan Pameran Skulptur Asia Oita ke 14

Balai Seni Negara menjemput semua pengarca di Malaysia yang berumur di bawah 50 tahun pada 1 April 2017 untuk menyertai Pertandingan Oita Asean Sculpture yang ke-14 di Memorial Fumio Asakura, Bungo-Ohno, Oita Jepun.

Penyertaan adalah percuma. Karya yang dipertandingkan mestilah asli.

Ukuran lebar, tinggi dan kedalaman karya yang dihasilkan mestilah berukuran tidak lebih dari 150cm. Medium dan bahan adalah bebas.

Penjuriaan peringkat pertama akan memilih sebanyak 60 arca dan 30 hasil karya akan dipilih ke penjurian kedua. Keputusan akan dimaklumkan pada Februari 2018.

Anugerah dan hadiah

  • Hadiah Utama (1 hasil kerja) 2 juta yen
  • Hadiah Cemerlang (6 hasil kerja) 500 ribu yen
  • Anugerah Bungo-Ohno (2 hasil kerja) 50 ribu yen

Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan pada 21 Disember 2017

Karya akan dipamerkan pada 29 September 2018 hingga 25 November 2018 di Memorial Fumio Asakura, Bungo-Ohno, Oita Jepun.

Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web: http://www.bungo-ohno.jp/categories/shisetsu/asakura/

Young Art Entrepreneurs

YAE! diperkenalkan bagi menyediakan pakej untuk pelukis muda memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan seni yang berdaya maju dan berdaya saing.

Dengan mempelajari sisi perniagaan dalam bidang seni, peserta dapat mengorak langkah membina kerjaya yang diinginkan berdasarkan minat, kebolehan dan bakat yang dimiliki peserta.

Program ini juga membolehkan graduan membina empayar perniagaan sendiri dalam suasana yang terancang dengan bantuan secara hands-on.

 Objektif utama YAE! adalah untuk:

  1. Melatih pelukis muda dengan kemahiran keusahawanan.
  2. Memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara hands on dan berterusan kepada peserta.
  3. Menggalakkan penjanaan pendapatan melalui hasil aktiviti seni.
  4. Meningkatkan kreativiti peserta dalam membina karya yang menarik dan relevan.

YAE! menggabungkan dua komponen kursus iaitu modul keusahawanan dan modul residensi studio pelukis.

Peserta berpeluang meneroka dan mempelajari idea-idea baru dalam membina model perniagaan yang kompetitif dengan dibantu oleh jurulatih dan mentor berpengalaman bagi memantapkan kemahiran peserta dalam berkarya dan berniaga.

Peserta akan ditempatkan di ruang studio Kontena, Balai Seni Negara, selama 6 bulan bagi memastikan bakal usahawan dapat membina karya dan produk berasaskan seni, di samping mendapat tunjuk ajar dan bimbingan yang mencukupi.

SYARAT PENYERTAAN

Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berumur diantara 18-35 tahun

Tidak terikat dengan mana-mana kontrak (pekerjaan/biasiswa).

Telah menghasilkan minima 5 karya dalam tempoh 2 tahun.

Tidak pernah terlibat dalam mana-mana program keusahawanan anjuran kerajaan.

Bersedia untuk mengikuti program ini secara sepenuh masa.

KEPERLUAN PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki menghantar Borang Penyertaan yang sudah lengkap diisi bersama Portfolio dan CV lengkap yang mengandungi latar belakang pendidikan, pengalaman (jika ada), pameran yang pernah disertai serta aktiviti seni lain yang terlibat.

Setiap permohonan dikehendaki menyertakan gambar karya yang telah dihasilkan sebagai rujukan. Gambar karya yang dihantar hendaklah berbentuk ‘Hi-Res’ (300dpi) dalam format PDf atau JPEG, lengkap bersama maklumat karya tersebut.

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 3o November 2017 ke alamat berikut:

Sekretariat YAE!,
Balai Seni Negara,
No 2, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur

atau emel ke artgovernance@artgallery.gov.my

Tarikh-tarikh penting

Permohonan dibuka: 25 September – 3o November 2017

Sesi temuduga: November 2018

Kemasukan ke studio Kontena: Februari 2018

Tempoh program: Februari 2018 – Julai 2018

Muat turun Borang Permohonan disini.

Atau melalui borang atas talian:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf3O0QG4fcQnE8nyafqYINsiDj7_FjLaMj0vXYnRr-ImrW4vg/viewform