PESERTA
NAMA:
Muhammad Hassanuddin bin Yusof
LOKASI:
Putrajaya
EMEL:
hassanuddinyusof@gmail.com
BIODATA PESERTA:

Pameran Bakat Muda Sezaman 2021 yang di adakan Ibu pejabat sprm mengentengahkan karya jenis intalasi bertajuk “RED DINING” . Karya ni mengambil konsep suapan yang merujuk kepada masalah sosial negara yang tidak lekang dibibir mulut masyarakat .
Makan suap ataupun suapan boleh dijadikan sebagai tanda dan makna atau bentuk dan isi rasuah dikupaskan dengan susunan dan manipulasi alatan unit operasi iaitu sudu yang menjadi simbolik kepada suapan.
maksud red dining adalah warna merah yang simbolik kepada amaran atau amarah. Kesinambungan dari lokasi yang dipilih ianya adalah salah satu bentuk penyampaian amaran makan-makan suap dari ibu pejabat sprm dari segi konteks visual
Di mana ianya badan yang menjadi nadi bagi membenteras jenayah rasuah di Malaysia1″.
Rasuah juga bukannya kerana kuasa tetapi kerana ketakutan. Takut akan ketiadan kuasa yang digunakannya serta kebimbangan kehilangan kuasa kepada sesiapa yang memerlukan. Datangnya tanpa diundang, Namun perginya tidak pula dihalang. Desakan suapan demi suapan. Menyentuh nilai kejujuran. Apabila kekayaan, ketamakan dan kemewahan menguasai diri insan rasuah dijadikan amalan. Dikaburkan mata disebalik bayangan emas dan permata .Berbillion nilai suapan diperoleh dengan serta merta tanpa memikirkan kesan. Amanah dimamah, diratah hingga hancur punah kepada sebuah harapan yang di berikan. Diterimanya dan menerima tanpa ada rasa gundah dan bersalah asalkan diri bertambah megah.