PESERTA
NAMA:
Amar Shahid bin Salehudin
LOKASI:
Kuala Lumpur
EMEL:
anjangakuan@gmail.com
BIODATA PESERTA:

Karya ini adalah suatu bentuk karya penceritaan rentas media (transmedia storytelling) yang merangkumi beberapa strategi estetik dalam medium fizikal dan digital.
Karya ini mengandungi 3 (tiga) komponen utama. Dua daripadanya adalah karya fizika dan satu lagi adalah penerbitan digital.
Karya media baru ini boleh didefinasikan sebagai satu bentuk karya ARG (Alternate Reality Game), di mana beberapa media yang berbeza bergabung untuk menceritakan suatu naratif.
Komponen Karya:
Berikut adalah 3 komponen karya yang dicadangkan:
• Penerbitan podcast dan temuramah serta blurb dalam beberapa media sosial utal
Pemasangan set rakaman di studio
Pemasangan arca beduk / toy packaging di lokasi muzium negara
Ketiga-tiga komponen ini dicadangkan di tiga tempat berbeza.
Ketiga-tiga komponen ini bertindak menceritakan tentang sebuah naratif “Kongres” Sebuah entiti kebudayaan yang cuba mengambil milik nama/tanda dagang “Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dizahirkan pada 1971.
Karya ini memperbahaskan tentang milikan siapakah yang memiliki “Kongres” ini? dan siapa yang berhak menentukan naratif budayanya? Apakah kriteria yang mendefinasikan sesebuah milikan?
Saya memberi hipotesis yang pemilikan naratif kongres ini bukanlah melalui sidang meja bulat atau prosiding birokrasi, tapi melalui penguasaan media: sepertimana strategi penguasaan media yang banyak dipakai mutakhir ini untuk mengawal atau mengacukan naratif.