PROFIL
NAMA:
Abdullah Ehlid Al Walid Bin Luli
LOKASI:
Universiti Tunku Abdul Rahman Kampar, Perak
BIODATA PESERTA:
Pengkaryaan ini mengangkat sampah änorganik sebagai suatu fenomena dalam isu persekitaran kerana sifatnya yang tidak alami atau terurai seperti bahan plastik. Dalam konteks sampah, ia merupakan hal yang sangat sinonim dalam kehidupan sehari-hari sehingga membawa kesan yang sangat serius terhadap persekitaran. Ditambah dengan perkembangan ketara terhadap populasi dan industri moden kini serta tanggungjawab sosial lemah yang akhirnya mempengaruhi kehidupan masyarakat. Karya ini mengintegrasikan sifat alam dan sampah plastik melalui dunia imaginasi dan kontemplasi pengkarya dalam usaha mendamaikan dan membina harapan yang masih di awangan. Ia seperti gumpalan yang diberikan nafas baharu dan membawa audian ke dunia landskap eksotik yang sangat kompleks dalam memacu interaksi dan penghayatan terhadap etika alam sekitar. Bahan terbuang ini di olah menjadi suatu karya visual yang mampunyai tarikan tersendiri selain mendukung dan menyampaikan pengetahuan terhadap SDG kepada masyarakat.
”Dia Masih di Awang-awangan” merujuk kepada sikap dan mentaliti masyarakat terhadap alam sekitar yang masih lemah walaupun masyarakat kini dalam serba modan, berteknologi dan berpendidikan. Produk terutama bahan plastik yang digunakan dan akhirnya dibuang merata tanpa ada sikap kesedaran terhadap alam masih berlaku walaupun pelbagai pelaburan dan kempen telah dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan dan badan bukan Kerajaan.
Karya ini amatlah sesuai dipamerkan ke dalam ruang sosial atau awam dan memberi peluang kepada banyak seniman dan orang awam untuk menafsirkan agenda atau mengekspresikan diri mereka. Dengan demikian, hubungan antara seni dan masyarakat dapat diperkuat dalam masyarakat pengguna bagi mengukuhkan kesedaran dan permasalahan sampah juga terus menjadi agenda.