PESERTA
NAMA:
Ahmad Fikril Haniff Bin Shahruddin
LOKASI:
Perak
EMEL:
ahmadfikrilhaniff@gmail.com
BIODATA PESERTA:

CADANGAN KARYA
Cadangan yang saya akan ketengahkan dalam karya instalasi ialah saya bermain dengan sebuah ruang yang sunyi iaitu di sekolah tempat saya mengajar sendiri. Ruang yang sunyi seperti di Kelas dan Kantin saya akan mainkan dengan bunyi dan sound yang sangat meriah seolah-olah keberadaan murid itu benar-benar berada di sekolah. Secara visualnya dalam karya saya ini ialah ruang yang sunyi tanpa penghuni dan secara lisan atau pendengarannya karya saya seolah-olah meriah dengan murid yang penuh di sekolah. Saya merupakan salah seorang guru Seni Visual di Sekolah, dan karya ini sangat rapat dengan diri saya sebagai seorang guru. Karya yang menggamit memori tentang persekitaran sekolah yang meriah kini hanya sunyi sepi tanpa penghuni mahupun bunyi apabila pandemik melanda dunia pada hari ini. Dan apabila karya ini di mainkan dengan bunyi suasana di sekolah ini dapat membawa penonton kepada susasana sebenar di sekolah melalui bunyi.
Karya yang akan saya ketengahkan berkonsepkan instalasi ruang dan bunyi. Yang mana karya ini bermain dengan sentimen memori yang kita tidak dapat ulang kembali pada masa ini. Umum mengetahui keadaan Pendemik Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan. Begitu juga dengan masa, hari dan waktu terus berjalan dengan pantas.
Anak-anak yang masih tidak mengerti apa itu bahaya, apa itu wabak, apa itu jangkitan seolah-olah masa yang anak-anak nikmati terenjat akibat dengan wabak yang melanda bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia merasakan pahit derita pendemik ini. Umur pesekolahan anak-anak dari 5 tahun sehingga 19 tahun (STPM) yang kebiasaannya di Malaysia. Pandemik ini seolah-olah telah mengubah atau mencacatkan suasana zaman persekolahan anak-anak kita. Tidak sama macam zaman dahulu yang mana kita ada memori persekolahan masing-masing yang boleh dikira manis.
Ruang persekolahan yang penuh dengan memori menimba ilmu dan pelbagai lagi kenangan yang dahulunya kini telah berubah secara total. Kesunyian di bilik-bilik darjah, kantin yang dulunya seolah-olah pasar bagi pelajar sekolah kini kian sepi hanya kucing sahaja yang kelihatan tidur. Tidak ada lagi bunyi kanak-kanak berlari riang, tiada lagi bunyi suara guru disiplin yang memekik, tiada lagi pesta rokok di tandas, tiada lagi bunyi gurau senda antara guru dan murid. Sebagai sorang guru yang mengajar di Sekolah Seni Malaysia Perak dalam bidang Seni Visual Khususnya dan juga penggiat seni visual, merasakan memori persekolahan yang dulunya meriah kini hanya tinggal kenangan.
Pandemik merubah 100% segenap ruang penjuru di sekolah. Sekolah kini tidak lagi seperti dahulu. Karya yang ingin saya ketengahkan disini yang berkait rapat dengan tema Bakat Muda Sezaman pada tahun ini iaitu “Seni Lokasi”, ialah sebuah ruang kelas yang tiada penghuni dan ruang kantin yang sepi yang akan saya mainkan dengan sound atau bunyi seolah-olah murid sedang riuh rendah. Lokasi karya saya bertempat di sekolah tempat saya mengajar iaitu di Sekolah Seni Malaysia Perak. Berbalik pada karya yang akan diketengahkan,
Dari panca indera telinga jika diamati bunyi suasana riang dan girang sekolah, tetapi dari panca indera penglihatan hanya sebuah ruang kosong tanpa penghuni yang ada hanya meja, kerusi dan papan tulis, sama juga di kantin yang ada hanya meja dan kerusi makan murid. ruang yang akan mengibas kembali segala memori sesiapa sahaja pada zaman persekolahan yang kini tidak akan lagi kembali. tajuk : memori ruang masa saiz karya : ruang kelas dan Kantin sekolah media : instalasi dan sound tahun : 2021