CADANGAN KARYA
Pandemik berlaku sejak awal tahun 2020 di negara kita. Saya merasai suasana berubah dari sudut cara berkomunikasi. Terasa lebih banyak bergaul di hadapan kaca telefon berbanding bersemuka dengan keluarga dan rakan-rakan. Dengan itu, karya saya memaparkan beberapa tangkap layar ataupun lebih terkenal dipanggil screenshot daripada telefon pintar dan komputer riba saya sepanjang perintah berkurung dilaksanakan. Screenshot itu termasuklah video call, media sosial yang saya layari, mysejahtera dan lain-lain aplikasi.
Karya ini simbolik kepada warna-warni kehidupan di dalam norma baharu. Kerana di norma baharu ini, kita lebih cenderung berada di dalam rumah dan alat komunikasi yang lebih dekat dengan kita sudah tentu telefon pintar. Oleh itu, saya berhasrat untuk berkongsi rasa melalui pameran visual aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam telefon pintar saya. Selain daripada itu, subjek utama di dalam karya ini merupakan watak yang sering berada di dalam karya-karya saya sebelum ini iaitu kanak-kanak lelaki yang dicatankan dengan gaya berus saya yang tersendiri.
Subjek utama ini merupakan gambaran tanda soal saya sebagai pengkarya mengenai apakah yang bakal terjadi kepada generasi yang akan datang. Ini kerana dunia penuh dengan perkara yang tidak menentu mutakhir ini.
PENYATAAN KARYA
KARYA AKHIR
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3