PROFIL
NAMA:
Ahmad Soffi bin Abdul Manah
LOKASI:
Kebun Balbuk, Perlis
BIODATA PESERTA:
WARTA APT 1960
Adalah sebuah karya berbentuk installasi cacatan visual antropologi terhadap respond kehilangan ruang pengkaryaan alami BalBuk Haus terhadap pengwartaan kerajaan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 .
Balbuk Haus adalah ruang mandiri untuk acara seni terbuka dan kafe kecil di tengah bendang yang berkonsepkan alamraya, diskusi dan makanan. Telah dipetakan sebagai lokasi ekosistem seni bagi negeri Perlis dalam Jelajah Seni Malaysia pada bulan March 2022 lalu oleh Balai Seni Negara di bawah Kementerian Seni dan Pelancongan Malaysia.
Manakala Dapoq BalBuk pula ialah sebuah label dalam memproduksi hasil makanan seperti contoh Nasi Lalap Tawau, Sambal Tomat dan Ropang Ayam Suwir yang mana pada awalnya adalah karya seni kulinar dalam installasi seni laku hidup.
Kebun BalBuk pula sebuah ruang edukasi tanaman dan memproduksi sumber asas dalam konsep kebun dapur untuk penghasilan beberapa produk daripada Dapoq BalBuk misalnya untuk dua menu autentik kami iaitu Teh Clitoria yang mengunakan bunga telang dan Ropang Ayam Suwir yang menggunakan ulam raja. Kedua-dua sumber asas ini ditanam sendiri.
Kebun Balbuk juga sebagai sebuah ruang komuniti dalam edukasi pertanian. Pondok BalBuk pula adalah sebuah ruang dalam perkongsian edukasi melalui penganjuran acara berbentuk wacana, diskusi dan kempen- kempen kesedaran terutama seni,sastera, alam sekitar dan kerohanian.
Kampung BalBuk: produk yang sedang diekploitasikan secara sihat untuk kesinambungan yang menyeluruh bagi menarik lebh ramai pelancong luar menikmati keindahan sawah bendang, suasana ketenangan dan penorama bukit batu kapur yang mempunyai pelbagai tingalan sejarah dan khazanah yang penuh kontradiksi. BalBuk Haus merupakan lokasi produk pelancongan baharu di negeri Perlis sepertimana yang telah dititah oleh baginda Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang disiarkan pada 31 Julai 2022.
Pada March 2022, BalBuk Haus telah dipetakan sebagai Ruang Ekosistem Seni dalam Jelajah Seni Malaysia oleh Balai Seni Negara seterusnya pada Julai 2022 Tuanku Raja Muda Perlis mengiystiharkan BalBuk Haus merupakan produk pelancongan baharu Negeri Perlis dan 2022 juga Jabatan Pertanian Negeri Perlis mengangkat BalBuk Haus sebagai produk agro pelancongan untuk dijadikan salah satu pemangkin kepada pelancongan lokal beraskan pertanian.