PESERTA
CADANGAN KARYA
KETERANGAN KARYA
Karya ‘Bajau aisbox” atau dikenali sebagai peti sejuk Bajau merupakan inspirasi binaan seni yang merupakan arca berfungsi berkonsepkan pegangan kehidupan masyarakat Bajau persisir di Sabah. Karya ini mengambil reka bentuk gunung yang dikenali sebagai pasak kepada bumi. Pengertian pasak seringkali membawa pengertian kekukuhan serta pegangan kepada suatu kawasan. Oleh itu pengkarya mengabadikan gunung rekabentuk gunung dalam binaan karya untuk mengetengahkan simbol kekukuhan dan pegangan terhadap tradisi Bajau persisir yang menjadi inti dasar penceritaan karya yang akan dihasilkan. Selain itu, corak geometri tikar tradisi Bajau persisir akan diabadikan pada bahagian puncak karya tersebut. Melalui kajian pengkarya (MA/2017) mendapati bahawa setiap imej geometri yang dijadikan corak pada tikar merupakan rakaman aktiviti kehidupan masyarakat Bajau Persisir.
Karya ini juga berfungsi melalui aplikasi gabungan binaan perangkap dan sangkar ikan di bahagian bawah karya. Kawasan yang dipilih untuk menghasilkan karya ini merupakan kawasan yang jauh dari arus kemodenan. Oleh itu ikan yang diperolehi daripada bubu tersebut akan dipindahkan ke dalam sangkar. Ini membolehkan penduduk kampung menyimpan hasil tangkapan ikan sebelum menjual atau dijadikan hidangan pada hari berikutnya dalam keadaan yang segar.
CADANGAN LOKASI
Lokasi yang dipilih untuk penghasilan karya ini ialah bertempat di Pulau silk Lagatton daerah Pitas. Kampung Pulau Lagaton, Pitas (Coordinates: 6°58′33″N 117°12’6″E, Latitude:6°58’37.92″ Longitude: 117°12’11.17″) sebuah pulau kecil Sabah terletak di utara Pulau Borneo, 195 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu dengan keluasan 3,000 meter persegi manakala topograpinya berbukit dan tanah rata sebahagian besar hadapan pulau dikeliling pasir putih dan hutan paya bakau di bahagian belakang. Populasinya dianggarkan seramai 111 orang pada 2020 dengan komposisi etnik terdiri daripada suku Bajau Ubian yang majoritinya masih bergantung kepada sektor perikanan sebagai mata pencarian utama.
Pulau silk Lagatton, Sabah
MANUAL PEMASANGAN
KARYA AKHIR
Live
-
0% 5 / 5
Live
-
0% 3 / 3